WANITA PANDU KERETA LAWAN ARUS DITAHAN

WANITA PANDU KERETA LAWAN ARUS DITAHAN

 

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang wanita yang memandu melawan arus di Lebuh Raya Senai-Desaru arah Desaru berhampiran susur keluar ke Tol Cahaya Baharu, Pasir Gudang, kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, wanita berusia 46 tahun itu ditahan selepas hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini, semalam.

 

“Suspek ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Pihak polis bertindak selepas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor mendapat satu rakaman video pada 9 Januari 2021.

See also  4 lelaki provokasi polis kena buat kerja amal dua bulan

 

“Rakaman video menerusi dash cam berdurasi 0.48 saat pada pukul 12 tengah hari itu tular dalam media sosial berkaitan sebuah kereta dipandu secara berbahaya dengan menyongsang arus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

 

Selepas mendapat maklumat polis berjaya mengenal pasti butiran kereta tersebut dan kejadian berkenaan dirakam orang awam dipercayai berlaku pada pukul 4.30 petang Khamis.

See also  Pati ceroboh negara diisytihar persona non grata

 

Menurutnya, polis Johor akan memastikan siasatan dijalankan dengan telus dan tindakan pertuduhan di mahkamah atas kecuaian suspek yang jelas mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

 

Polis Johor memandang serius perbuatan itu dan tidak akan berkompromi serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

 

Pihaknya merakamkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dalam membantu polis sehingga suspek berjaya ditahan.

See also  Sedih .. ???? Ibu terdesak curi kerana anak demam, Ibu rela berbuat apa sahaja. demi anak

 

 

https://alhadi.my/2021/01/10/rakaman-cemas-sebuah-kereta-tiba-tiba-muncul-melawan-arus/

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " WANITA PANDU KERETA LAWAN ARUS DITAHAN " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238366
Users Today : 1622
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14443
Users Last 30 days : 57707
Users This Month : 47694
Users This Year : 238365
Total Users : 238366
Views Today : 2298
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23395
Views Last 30 days : 92052
Views This Month : 76349
Views This Year : 368564
Total views : 368565
Who's Online : 65
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares