Lagi wanita diperdaya RM5,500 kenalan Facebook

Lagi wanita diperdaya kenalan Facebook

 

 

KUANTAN: Peniaga di sini kerugian RM5,500 sejurus membayar kos pengangkutan ke atas barang dikirim kenalan Facebook yang baharu dikenalinya.

 

 

Kejadian bermula selepas wanita berusia 26 tahun itu berkenalan dengan lelaki bernama Chris Wang melalui laman sosial itu pada 29 Disember tahun lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki berkenaan menghantar barang kepada mangsa yang berupa hadiah tanda persahabatan.

See also  Duit derma surau kau rembat

 

“Pada 7 Januari lalu, mangsa dihubungi individu yang memperkenalkan diri dari pihak kastam dan meminta wanita itu membayar kos pengangkutan barang.

 

“Tanpa sebarang syak, mangsa membuat bayaran kepada akaun milik seorang wanita pada keesokan hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

See also  Taktik Baru Skeme, Aktivis masyarakat nafi anak hidap sakit kronik

 

Mohd. Wazir menambah, individu yang sama sekali lagi telah menghubungi mangsa pada 9 Januari dan meminta bayaran pengesahan anti penyelewengan wang kepada kastam.

 

“Mangsa mula berasa sangsi dan tidak melakukan bayaran dan terus membuat laporan polis kerana berasa tertipu,” katanya.

 

Laporan dibuat mangsa di Balai Polis Jaya Gading di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -UTUSAN ONLINE

See also  "TALI" MUNCUL SEMULA 
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lagi wanita diperdaya RM5,500 kenalan Facebook " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231806
Users Today : 247
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16446
Users Last 30 days : 62092
Users This Month : 41134
Users This Year : 231805
Total Users : 231806
Views Today : 386
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26499
Views Last 30 days : 98546
Views This Month : 66305
Views This Year : 358520
Total views : 358521
Who's Online : 13
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares