“MENGGANGGU TUGAS PENJAWAT AWAM DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT AKHIRNYA MEMBAWA PADAH”

“MENGGANGGU TUGAS PENJAWAT AWAM DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT AKHIRNYA MEMBAWA PADAH”

 

Ampang Jaya, 12 Januari 2021- Mahkamah Majistret (1) Ampang telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3000 dan jika gagal bayar (3) Bulan Penjara kepada seorang pemandu motokar.

 

Pemandu kenderaan jenis BMW tersebut telah melakukan kesalahan dengan memberhentikan motokarnya di dalam petak kuning hadapan Balai Polis Trafik Pandan Indah.

 

Setelah diarahkan untuk berhenti di bahu jalan oleh anggota trafik yang bertugas,pemandu tersebut tidak berpuas hati dan telah mengambil gambar anggota tersebut serta enggan menurunkan tandatangan pada saman yang dikeluarkan walaupun telah diberitahu akan kesalahan yang dilakukannya.

See also  Bomba berhempas pulas sejam tangkap lelaki kurang siuman mengamuk. Bomba Hero !

 

Kemudian, pemandu kenderaan tersebut telah memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat “YOU ALL BULLSHIT” sambil mengambil gambar anggota yang sedang bertugas. Dengan bantuan lain-lain anggota bertugas, pemandu tersebut terus ditangkap dan disiasat di bawah kesalahan Menghalang Penjawat Awam Menjalankan Tugas serta mengeluarkan kata-kata kesat.

See also  {VIDEO} Polis tahan 2 lelaki gaduh di luar restoran

 

Di mahkamah pada hari ini, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, pemuda tersebut telah mengaku bersalah.

 

Orang awam adalah dinasihatkan agar tidak memberhentikan kenderaan di dalam kawasan petak kuning kerana itu merupakan satu kesalahan dan tidak menghalang tugas-tugas yang dijalankan oleh penjawat awam serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota bertugas kerana boleh dihukum denda serta boleh dikenakan penjara..

See also  Sanggup tipu polis kerana tiada wang mahu kahwin!

 

▶️BSPT Ampang

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " “MENGGANGGU TUGAS PENJAWAT AWAM DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT AKHIRNYA MEMBAWA PADAH” " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231688
Users Today : 129
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16328
Users Last 30 days : 61974
Users This Month : 41016
Users This Year : 231687
Total Users : 231688
Views Today : 199
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26312
Views Last 30 days : 98359
Views This Month : 66118
Views This Year : 358333
Total views : 358334
Who's Online : 5
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares