Jahanam bila ‘monyet’ rosakkan replika penyu

  1. Jahanam bila ‘monyet’ rosakkan replika penyu

 

 

Masjid Tanah: 13/1/2021 Baru dibina dua minggu lalu namun replika penyu dan telur penyu karah di pantai peranginan Pengkalan Balak, di sini, sudah dirosakkan pengunjung.

 

Akibat laku musnah atau vandalisme itu, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengambil tindakan drastik menutup replika penyu dan telur penyu karah berkenaan tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sejak dibuka kepada pengunjung pantai 28 Disember lalu, kebanyakan kanak-kanak dikesan memijak 10 replika penyu karah dan 20 telur haiwan marin itu yang diperbuat daripada gentian kaca hingga menyebabkan ia rosak.

 

MPAG tidak ada pilihan lain selain terpaksa memasang pita larangan di sekeliling replika berkenaan bagi menghalang kanak-kanak dan orang dewasa memijak hasil seni itu.

See also  AH LONG SIMBAH CAT, UGUT BAKAR RESTORAN

 

Yang Dipertuanya, Mohd Fadhil Hassan menegaskan, beliau mengarahkan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu supaya segera mengambil tindakan berkenaan berikutan jumlah kerosakan replika semakin meningkat.

“MPAG menutup sementara replika penyu dan telur penyu karah bagi menjalankan kerja pembaikan akibat vandalisme.

 

“Ada kepala dan kaki penyu patah dan telur diterbalikkan tetapi kami belum ada perancangan untuk memagar keseluruhan kawasan itu,” katanya tadi.

Sehubungan itu beliau meminta ibu bapa memastikan anak mereka tidak melepasi pita halangan itu semata-mata untuk duduk atau memijak replika berkenaan kerana ia bakal menyebabkan MPAG terpaksa mengeluarkan kos kerja pembaikan.

See also  Padah raba punggung

Bagaimanapun, beliau yakin Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok akan menyebabkan tiada kanak-kanak dan ibu bapa mengunjungi replika berkenaan.

 

MPAG memperuntukkan RM20,000 bagi menyerahkan kerja pembinaan replika itu kepada sebuah syarikat swasta bagi meningkatkan industri pelancongan di pantai peranginan itu.

Sejak mula beroperasi, ia menjadi tumpuan ibu bapa yang membawa anak masing-masing bukan setakat untuk merakam gambar kenangan, malah membiarkan anak memijak replika penyu dan telur itu.

Keunikan seni bina replika itu yang diadaptasi daripada penyu karah yang dipulihara di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Padang Kemunting, di sini berjaya menarik kehadiran lebih ramai pengunjung di pantai berkenaan.

See also  [Video] Perbuatan Vandalisma Rosakkan air pancut sedang disiasat Polis

 

Berdasarkan rekod Jabatan Perikanan Melaka, sebanyak 182 pendaratan penyu dicatatkan di negeri ini dari Januari hingga Mei lalu, berbanding hanya 106 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

 

⏩???????????????????????? ????????????????????
Artikel ini disiarkan pada:
Selasa, 12 January 2021 @ 7:45 PM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jahanam bila 'monyet' rosakkan replika penyu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231813
Users Today : 254
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16453
Users Last 30 days : 62099
Users This Month : 41141
Users This Year : 231812
Total Users : 231813
Views Today : 397
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26510
Views Last 30 days : 98557
Views This Month : 66316
Views This Year : 358531
Total views : 358532
Who's Online : 6
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares