Betul ke berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh COVID-19?

Betul ke berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh COVID-19?

 

Benda ni hangat beberapa hari ni.

 

Macam ini. Saya terangkan dari sudut pergigian.

 

Di klinik gigi, kami dah practice benda ini. Sebelum buat rawatan yang menghasilkan aerosol (tampalan, scaling), kita akan minta pesakit berkumur dulu dengan ubat kumur. Kalau anda buat rawatan gigi, tak ada dapat benda ni, minta dengan doktor gigi anda.

 

Benda ini ada dalam garis panduan yang dikeluarkan bahagian pergigian KKM. Benda ini adalah sebagai langkah untuk mencegah penyebaran virus COVID-19 bila buat rawatan yang menghasilkan aerosol.

See also  16 pekerja jadi korban virus covid-19

 

Ingat, benda ini sebagai langkah PENCEGAHAN. Bukan rawatan untuk COVID-19. Sama macam kita gunakan hand sanitizer. Sama macam kita basuh tangan dengan sabun.

 

Ubat kumur ada povidine iodine, ada chlorohexidine.

Hand sanitizer ada alkohol.

Bahan-bahan ini sememangnya digunakan untuk membunuh virus dan bakteria di permukaan.

 

Persoalannya sekarang, virus COVID-19 ada dalam tubuh badan orang yang dijangkiti. Macam mana dengan berkumur sahaja boleh hapuskan virus ni. Berapa kali kena berkumur baru boleh bebas dari virus ni.

See also  TERLANTAR AKIBAT ANGIN AHMAR – ZALEHA HAMID KINI BERANSUR PULIH

 

Memang ada kajian berkaitan penggunaan bahan ini dan kaitannya dengan virus COVID-19, tapi hingga hari ini masih belum ada apa-apa bukti penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus ini.

 

Kalau nak berkumur dengan ubat kumur ini, silakan. Dari sudut pergigian, memang kita sangat galakkan. Tapi bukan buat tuntutan untuk merawat COVID-19.

See also  Wanita cecah usia 40 akan mengalami pelbagai tekanan

 

Dr Iqbal Rosali

Dentist M3

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Betul ke berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh COVID-19? " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231742
Users Today : 183
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16382
Users Last 30 days : 62028
Users This Month : 41070
Users This Year : 231741
Total Users : 231742
Views Today : 284
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26397
Views Last 30 days : 98444
Views This Month : 66203
Views This Year : 358418
Total views : 358419
Who's Online : 18
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares