Lelaki bina 11 bonggol guna wang i-Sinar mohon maaf

Lelaki bina 11 bonggol guna wang i-Sinar mohon maaf

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tindakan seorang lelaki membina 11 bonggol di atas jalan raya bersebelahan rumahnya tular di media sosial. ― Foto ihsan Facebook/Ahmad Fadzli Fauzi

 

 

BESUT, 14 Jan ― Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini Isnin lepas, memohon maaf atas perbuatannya.

 

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

 

“Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

See also  Video✓✓Warga asing pandu lawan arus hampir bertembung dengan kereta grab

 

“Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ,” katanya kepada Bernama.

 

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya.

 

Nor Muhamad Roslam berkata dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

See also  {Video} Bomba selamatkan gadis dari lemas cubaan bunuh diri

 

“Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

 

“Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda,” katanya sambil memberitahu membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut. ― Bernama

See also  ????️ PROVOKASI JARI TENGAH KEPADA PENGUATKUASA DBKL
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki bina 11 bonggol guna wang i-Sinar mohon maaf " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231718
Users Today : 159
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16358
Users Last 30 days : 62004
Users This Month : 41046
Users This Year : 231717
Total Users : 231718
Views Today : 246
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26359
Views Last 30 days : 98406
Views This Month : 66165
Views This Year : 358380
Total views : 358381
Who's Online : 9
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares