Polis cari pemilik akaun Facebook ‘Respati’

  • Polis cari pemilik akaun Facebook ‘Respati’

 

LAHAD DATU – Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Respati’ yang dipercayai memuat naik kenyataan jelik, berbaur penghinaan serta ugutan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan keberadaan pemilik akaun itu.

See also  Kilang, tiga premis perniagaan warga asing disita MPKL

 

“Kertas siasatan juga akan dibuka, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini pada Rabu.

 

Beliau turut mengingatkan pengguna media sosial agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah individu mahupun sesebuah organisasi.

 

Respati dalam kenyataan di Facebook pada Selasa mencabar pihak Imigresen atau polis agar bertemu dengannya yang berada di Batu 13 Jeroco, dekat sini selain mengajak pemandu lori, treler melanggar anggota polis yang membuat sekatan jalan raya.

See also  Gara-gara enggan basuh baju seorang junior patah tangan dikerjakan 10 senior

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pemilik akaun itu turut mengajak orang ramai membawa senjata tajam untuk berdepan dengan polis.

Kenyataan itu, yang tular pada Rabu, menerima lebih 313 perkongsian meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun tersebut. – Bernama

See also  SPAN potong bekalan air tapak semaian cili kerana guna bekalan air tidak sah

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis cari pemilik akaun Facebook 'Respati' " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238972
Users Today : 2228
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15049
Users Last 30 days : 58313
Users This Month : 48300
Users This Year : 238971
Total Users : 238972
Views Today : 3146
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24243
Views Last 30 days : 92900
Views This Month : 77197
Views This Year : 369412
Total views : 369413
Who's Online : 35
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares