‘Tak boleh sesuka hati masuk kampung kami’

‘Tak boleh sesuka hati masuk kampung kami’

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gua : “Kami terpaksa memasang semula sekatan bagi menghalang orang luar masuk kampung berikutan penularan Covid-19,” kata Penghulu Orang Asli Pos Tuel, Halim Sharif.

 

 

Gua Musang: “Kami terpaksa memasang semula sekatan bagi menghalang orang luar masuk kampung berikutan penularan Covid-19,” kata Penghulu Orang Asli Pos Tuel, Halim Sharif.

 

Katanya, rata-rata masyarakat Orang Asli sekitar pos itu bimbang dengan penularan wabak dan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Dia berkata, sebelum ini mereka membuat sekatan selama lima bulan sebelum dibuka bulan lalu kerana Covid-19 terkawal tetapi kebelakangan meningkat semula.

See also  Kemaskini 4:30pm_LAPORAN KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK ANGGOTA PGA DAN PENYELUDUP KETUM

“Kami bersama penduduk bersepakat mengambil langkah memasang semula penghalang jalan masuk kampung kami bagi menghalang kebebasan orang luar keluar masuk setiap hari.

“Kebanyakan penduduk bersama ahli keluarga juga patuh kepada arahan kerajaan supaya berkurung dalam rumah elak jangkitan wabak bahaya itu,” katanya ketika ditemui di Pos Tuel, dekat sini, hari ini.

Halim berkata, kampung Orang Asli sekitar Pos Tuel menjadi laluan orang ramai khususnya pekerja ladang rakyat berhampiran.

“Orang Asli rela tidak keluar ke bandar Gua Musang untuk membeli barang keperluan kerana takut jangkitan wabak.

See also  Harimau Malaya menyerang jika berlaku 3 ancaman besar

“Hari ini dikuat kuasa pula PKP di seluruh Kelantan menambah kebimbangan penduduk untuk keluar rumah dan kawal ketat anak-anak,” katanya.

Sementara itu, pengawal sekatan, Sita Ali, 23, berkata, dia bertugas ikut arahan ketua kampung berdasar peraturan ditetapkan ketika pelaksanaan PKP bermula hari ini

“Ada dua orang ditugaskan mengawal orang ramai keluar masuk kampung ini sepanjang hari mulai jam 8 pagi hingga 6.30 petang.

 

See also  Konflik makanan kronik harimau masuk berhampiran sekolah di Gua Musang.

“Selepas jam 6.30 petang, laluan ditutup dan jika ada kejadian kecemasan perlu minta kebenaran ketua kampung untuk membuka sekatan,” katanya.

 

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 'Tak boleh sesuka hati masuk kampung kami' " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238864
Users Today : 2120
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14941
Users Last 30 days : 58205
Users This Month : 48192
Users This Year : 238863
Total Users : 238864
Views Today : 2995
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24092
Views Last 30 days : 92749
Views This Month : 77046
Views This Year : 369261
Total views : 369262
Who's Online : 36
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares