Peniaga maut, jururawat parah, elak anjing

Peniaga maut, jururawat parah, elak anjing

 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan. Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَ وَارْحَمْهَ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهَ
Ya Allah, Ampunilah dia berilah rahmat kepadanya, maafkanlah dia dan selamatkanlah dia.

Jempol: Jururawat dipercayai cuba mengelak anjing di tengah jalan sebelum kereta dipandunya bertembung dengan Proton Wira di Kilometer 19 Jalan Bahau – Kemayan dekat Air Hitam di sini, hari ini.

See also  Wanita maut dirempuh Myvi ketika bantu mangsa kemalangan

 

Kemalangan pada 8.11 pagi itu menyebabkan pemandu Proton Wira yang juga seorang peniaga wanita meninggal dunia, manakala dia yang memandu Toyota Vios parah di bahagian perut.

 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila jururawat berusia 30 tahun dari arah Air Hitam menuju Kemayan, Pahang cuba mengelak seekor anjing di laluannya.

 

“Berikutan itu, kereta jururawat berkenaan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta mangsa.

See also  Pemandu syarikat kurier maut, lori terbakar

 

“Pertembungan menyebabkan mangsa iaitu Nor Asmah Ja’afar berusia 55, dari Felda Lui Selatan 2 parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat, manakala jururawat berkenaan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

 

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2021 @ 2:30 PM

See also  {{Video}}Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE

Abnor Hamizam Abd Manap

am@hmetro.com.my

Gambar: Media sosial

 

#HarianMetro

#infosemasa

@infosemasaofficial

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Peniaga maut, jururawat parah, elak anjing " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238683
Users Today : 1939
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14760
Users Last 30 days : 58024
Users This Month : 48011
Users This Year : 238682
Total Users : 238683
Views Today : 2758
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23855
Views Last 30 days : 92512
Views This Month : 76809
Views This Year : 369024
Total views : 369025
Who's Online : 58
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares