Video Pukul lelaki tempatan, enam pengawal keselamatan Bangladesh ditahan

Pukul lelaki tempatan, enam pengawal keselamatan Bangladesh ditahan

 

Alor Setar: Enam pengawal keselamatan warga Bangladesh sebuah kompleks membeli-belah di Lebuhraya Darulaman, di sini, ditahan polis kerana dipercayai memukul seorang lelaki tempatan, semalam.

 

Mereka yang berusia antara 26 hingga 41 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 34 tahun membuat laporan polis.

 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa meletak motosikalnya di hadapan kompleks membeli-belah itu.

 

Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan memarahi lelaki itu kerana tidak meletakkan motosikal di tempat disediakan.

See also  Tiga dalang rompakan di laut ditahan

 

“Lelaki itu memberitahu dia hanya parkir di situ kerana menunggu ibunya mengambil barang di tingkat atas kompleks berkenaan.

 

“Namun secara tiba-tiba pengawal keselamatan itu memaki mangsa dengan berkata dia bodoh yang menyebabkan mangsa menolak pengawal keselamatan terbabit,” katanya di sini hari ini.

 

Ahmad Shukri berkata, pengawal keselamatan terbabit kemudian memanggil beberapa rakan sekerjanya.

 

Beliau berkata, mereka kemudian menarik mangsa memasuki satu bilik dan memukul pengadu menggunakan tangan dan kayu penyapu.

 

“Berikutan itu pengadu mengalami sakit pada anggota badan dan datang balai buat laporan.

See also  Peragut terjatuh dalam longkang besar

 

“Bagaimanapun pengurus pengawal keselamatan terbabit turut membuat laporan polis memaklumkan pekerjanya diserang,” katanya.

 

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

 

Video pergaduhan membabitkan enam pengawal keselamatan itu dengan lelaki tempatan berkenaan tersebar di Facebook (FB).

 

Sehubungan itu, Ahmad Shukri menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik video itu kerana ia boleh menimbulkan provokasi.

 

“Saya sudah melihat satu status di FB yang tulisannya amat sensitif kerana kita masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kejadian itu berlaku.

 

“Bagaimanapun, kita memberi amaran kepada pengguna media sosial dan jika ada kesalahan kita boleh mengambil tindakan termasuk melakukan tangkapan,” katanya

See also  Pelaku Kes tembak Anggota PGA dengan senapang angin ditangkap

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2021 @ 11:02 AM

Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Video/gambar: Polis/media sosial

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Video Pukul lelaki tempatan, enam pengawal keselamatan Bangladesh ditahan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231764
Users Today : 205
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16404
Users Last 30 days : 62050
Users This Month : 41092
Users This Year : 231763
Total Users : 231764
Views Today : 316
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26429
Views Last 30 days : 98476
Views This Month : 66235
Views This Year : 358450
Total views : 358451
Who's Online : 9
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares