NI DIA RESPON POLIS MENGENAI KEMALANGAN DI LAMPU ISYARAT TESCO TANJUNG TOKONG SIANG TADI.

NI DIA RESPON POLIS MENGENAI KEMALANGAN DI LAMPU ISYARAT TESCO TANJUNG TOKONG SIANG TADI.

 

Pada 17 Januari 2021 telah tular satu kejadian kemalangan sebuah m/sikal yang dinaiki oleh 2 orang lelaki melayu di persimpangan lampu isyarat berhampiran TESCO Tanjung Tokong.

 

Ekoran dari insiden yang ditularkan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai termasuk menuduh anggota polis sengaja menendang m/sikal mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kemalangan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut telah menerima laporan polis berkaitan insiden kemalangan tersebut yang dibuat oleh seorang pemandu kereta.

 

Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak PDRM setakat ini mendapati insiden ini bermula apabila,

See also  ????️ Reman 4 hari Pukul kucing bunting hingga mati

Pada 17.01.2021 jam lebih kurang 5.20 petang 3 orang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD

Timur Laut Pulau Pinang semasa meronda di Jalan Sri Tanjung Pinang telah terserempak dengan 2

orang lelaki melayu menunggang m/sikal tidak memakai topi keledar.

 

Pihak Polis telah mengarahkan mereka berhenti namun ingkar malah melarikan diri.

 

Anggota URB telah mengejar dan apabila sampai

di lampu isyarat berhampiran TESCO Tanjung Tokong m/sikal yang dinaiki oleh kedua-dua lelaki melayu tersebut tidak berhenti di Lampu Isyarat merah dan akibatnya telah berlanggar dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dari arah Georgetown menuju ke Tanjung Bungah.

See also  Panduan penting apabila kemalangan kenderaan untuk Elak ditipu

 

Akibat dari pelanggaran tersebut kedua-dua penunggang dan pembonceng m/sikal telah terjatuh dan mengalami kecederaan manakala kereta lelaki tersebut telah mengalami kerosakan kemek bonet hadapan kanan dan pecah bahagian lampu dan bumper hadapan.

 

Kes disiasat di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Pihak PDRM IPD Timur Laut Pulau Pinang menyeru kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan

maklumat yang tidak sahih/tepat berkaitan insiden kemalangan tersebut sehingga mengelirukan orang

ramai.

 

Siasatan berkaitan insiden berkenaan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai

sebarang maklumat boleh tampil ke Balai Polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Shahrul Nizam Bin Abdullah (Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut

See also  Mayat kedua nelayan mangsa bot karam di temui

Pulau Pinang) di talian 010-9771517 bagi membantu siasatan.

 

ACP SOFFIAN BIN SANTONG

KETUA POLIS DAERAH TIMUR LAUT

PULAU PINANG

 

(DIKELUARKAN PADA 17 JANUARI 2021)

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " NI DIA RESPON POLIS MENGENAI KEMALANGAN DI LAMPU ISYARAT TESCO TANJUNG TOKONG SIANG TADI. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238704
Users Today : 1960
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14781
Users Last 30 days : 58045
Users This Month : 48032
Users This Year : 238703
Total Users : 238704
Views Today : 2784
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23881
Views Last 30 days : 92538
Views This Month : 76835
Views This Year : 369050
Total views : 369051
Who's Online : 58
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares