Sebar berita palsu, ‘Jenifer Lawrence’ kini diburu polis

Sebar berita palsu, ‘Jenifer Lawrence’ kini diburu polis

 

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PEMILIK akaun facebook ‘Jenifer Lawrence’ dikehendaki polis kerana didakwa menyebarkan berita palsu berkenaan situasi Covid-19 di Sarawak.

 

 

 

 

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan yang mendedahkan bahawa satu laporan diterima daripada pegawai Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri terhadap akaun FB berkenaan semalam.

 

 

 

 

See also  KWSP : Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab

Beliau memberitahu, pemilik akaun FB tersebut dikatakan memuatnaik kenyataan mengatakan kes positif Covid-19 di Sarawak mencecah 321 kes semalam.

 

 

 

 

“Maklumat tersebut menimbulkan kegelisahan dan panik di kalangan orang awam dan pengadu kemudian terus membuat laporan polis untuk siasatan polis dan rujukan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

 

 

 

Jelasnya juga, pemilik FB terbabit telah memadam posting tersebut petang semalam namun sempat ditangkap skrin oleh pengadu.

See also  Peragut terjatuh dalam longkang besar

 

 

 

 

“Selain itu, pengadu turut melaporkan pemilik akaun FB berkenaan sering membuat hantaran isu-isu berkenaan Covid-19 di Sarawak.

 

 

 

 

“Hantaran tersebut dilakukan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin secara rawak,” kata Aidil.

 

 

 

 

Operasi mengesan pemilik akaun media tersebut sedang giat dijalankan dan sebarang maklumat berhubungnya boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.

See also  Video empangan Sibol pecah tidak benar

 

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sebar berita palsu, ‘Jenifer Lawrence’ kini diburu polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238861
Users Today : 2117
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14938
Users Last 30 days : 58202
Users This Month : 48189
Users This Year : 238860
Total Users : 238861
Views Today : 2989
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24086
Views Last 30 days : 92743
Views This Month : 77040
Views This Year : 369255
Total views : 369256
Who's Online : 38
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares