SPAN potong bekalan air tapak semaian cili kerana guna bekalan air tidak sah

SPAN potong bekalan air tapak semaian cili kerana guna bekalan air tidak sah

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertindak memotong bekalan air di sebuah tapak semaian cili fertigasi di Semenyih, semalam kerana menggunakan bekalan air secara tidak sah.

 

Menerusi kenyataan akhbar, SPAN berkata, pihaknya bertindak hasil maklumat risikan dan mendapati wujud aktiviti penyambungan bekalan air secara menyalahi undang-undang di tapak semaian itu.

 

“Hasil siasatan di tapak telah menemui satu sambungan paip tanpa menggunakan meter yang disyaki digunakan bagi tujuan tapak semaian tersebut dan kegunaan harian pekerja.

See also  Video Bandar Kajang Antara lokasi kembali ditenggelami air banjir

 

“Tindakan pemotongan bekalan air diambil serta-merta dan pengusaha tapak semaian yang bertanggungjawab akan dipanggil untuk memberi keterangan dan bakal berdepan tindakan undang-undang,” katanya.

 

Katanya, operasi berkenaan disertai Unit Penguatkuasaan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Bahagian Penguatkuasaan SPAN.

 

Menurutnya lagi, SPAN sentiasa komited menjalin kerjasama berterusan bersama operator bekalan air bagi mencegah aktiviti penyambungan bekalan air secara menyalahi undang-undang yang menjadi penyumbang kepada pengurangan kadar air tidak terhasil (NRW).

See also  POLIS SIASAT DAKWAAN KEHILANGAN BARANGAN KEMAS MILIK PESAKIT COVID-19

 

“Kesalahan membuat penyambungan bekalan air secara menyalahi undang-undang dari sesalur utama awam boleh disiasat mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].

 

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 

Katanya, pengguna boleh menghubungi talian 03-8317 9333 atau emel aduan@span.gov.my jika mempunyai maklumat mengenai penyambungan bekalan air yang menyalahi undang-undang. – K! ONLINE.

See also  Tahniah PDRM 17 ahli sindiket Macau Scam diberkas
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " SPAN potong bekalan air tapak semaian cili kerana guna bekalan air tidak sah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238883
Users Today : 2139
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14960
Users Last 30 days : 58224
Users This Month : 48211
Users This Year : 238882
Total Users : 238883
Views Today : 3025
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24122
Views Last 30 days : 92779
Views This Month : 77076
Views This Year : 369291
Total views : 369292
Who's Online : 25
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares