Tular motosikal ‘terbang’ atas peti surat

Tular motosikal ‘terbang’ atas peti surat

BALIK PULAU – Kejadian sebuah motosikal diangkat di atas peti surat di Blok Akasia, Bayan Lepas di sini gara-gara menghalang laluan utama penduduk flat berkenaan semalam menjadi tular dalam media sosial sejak malam tadi.

 

Gambar motosikal jenis Yamaha LC itu tersebar sejurus kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10 malam semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Difahamkan, motosikal berkenaan adalah kepunyaan seorang lelaki warga asing yang dipercayai baru dibelinya pada tahun lalu.

See also  Video✓✓'Rider’ pentingkan diri dikecam netizen

 

Seorang penduduk flat berhampiran yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 45, berkata, kejadian berlaku dikatakan bukan berpunca daripada sikap pemilik motosikal berkenaan.

 

Sebaliknya katanya, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila salah seorang pemilik motosikal lain bertindak menolak kenderaan itu di dalam petak kuning semasa mahu mengambil motosikalnya dan tidak mengalihnya semula ditempat asal.

 

“Telah berlaku salah faham apabila orang awam menyangka pemilik motosikal Yamaha LC itu sengaja meletakkan dengan sesuka hati di dalam petak kuning.

See also  Warga emas melecur, gas dapur meletup

 

“Bagaimanapun difahamkan, ini bukan kejadian pertama motosikal diletakkan di petak kuning di situ. Sebelum ini, ada juga pemilik motosikal lain melakukan perkara sama.

 

“Tindakan sedemikian sememangnya boleh mengundang kemarahan penduduk selain menghalang laluan utama mereka terutama apabila berlaku sebarang kecemasan,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

 

Kosmo! difahamkan, motosikal tersebut masih berada di atas peti surat berkenaan dan tidak diturunkan pemiliknya biarpun kejadian berlaku 24 jam yang lalu. K! ONLINE

See also  Kembar empat perlukan tablet untuk teruskan PdPR
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tular motosikal 'terbang' atas peti surat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231704
Users Today : 145
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16344
Users Last 30 days : 61990
Users This Month : 41032
Users This Year : 231703
Total Users : 231704
Views Today : 224
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26337
Views Last 30 days : 98384
Views This Month : 66143
Views This Year : 358358
Total views : 358359
Who's Online : 10
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares