PDRM CARI KOMEN FB BERBAUR FITNAH DAN MELAMPAU DALAM KEJADIAN KEMALANGAN DI TANJUNG TOKONG

PDRM CARI YANG KOMEN BERBAUR FITNAH DAN MELAMPAU DALAM KEJADIAN KEMALANGAN DI TANJUNG TOKONG SEMALAM.

 

Bertindak atas maklumat, pada 18.1.2021, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Timur Laut, Pulau Pinang telah bertindak mengesan individu-individu yang dikenalpasti dalam rakaman video yang tular tersebut dan setakat ini tangkapan telah dibuat terhadap 7 orang lelaki melayu berumur antara 23-45 tahun di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong Pulau Pinang.

See also  Remaja lempar kucing menangis ketika ditahan polis

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

2 orang suspek didapati masing-masing memiliki 5 dan 3 rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah.

 

Hasil ujian saringan air kecing mendapati 2 orang suspek positif dadah jenis THC (ganja).

 

Kesemua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown pada 19.1.2021 bagi tujuan permohonan reman.

 

Siasatan lanjut berhubung kes ini akan diteruskan termasuk melakukan tangkapan susulan terhadap suspek-suspek lain yang dikenalpasti.

 

Lanjutan dari kes ini juga, pihak PDRM IPD Timur Laut turut menjalankan siasatan terhadap hantaran-hantaran di media sosial (Facebook dan Whatsapp) didapati tidak tepat dan berbaur fitnah sehingga menjejaskan imej PDRM yang akan disiasat di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

See also  [Video]Sukahati dia tendang gelandangan

 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke Balai Polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Mohd Fahmi Bin Othman (Bahagian Siasatan Jenayah IPD Timur Laut Pulau Pinang) di talian 017-9272027 bagi membantu siasatan.

See also  Pegawai bank dikompaun tidak imbas MySejahtera

 

▶️IPD Timur Laut

 

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PDRM CARI KOMEN FB BERBAUR FITNAH DAN MELAMPAU DALAM KEJADIAN KEMALANGAN DI TANJUNG TOKONG " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238790
Users Today : 2046
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14867
Users Last 30 days : 58131
Users This Month : 48118
Users This Year : 238789
Total Users : 238790
Views Today : 2899
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23996
Views Last 30 days : 92653
Views This Month : 76951
Views This Year : 369166
Total views : 369167
Who's Online : 56
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares