Rakaman Cemas kapal pengangkut pekerja dihanyut ombak

Cemas kapal pengangkut pekerja dihanyut ombak

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

18 Januari 2021, 2:44 pm

 

KUALA TERENGGANU – Seramai 10 orang termasuk tujuh kru kapal cemas selepas kapal pengangkut pekerja dinaiki mereka tiba-tiba mengalami kerosakan teknikal sebelum dihanyut arus laut berhampiran muara Sungai Terengganu hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an termasuk dua warga asing terselamat kerana sempat melompat ke kawasan batuan benteng penahan ombak.

See also  Langgar lembu Aring Gua Musang

 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, kejadian berlaku sewaktu kapal pengangkut pekerja tersebut yang baru tiba dari Miri, Sarawak pada kelmarin sedang dalam sesi pengujian di laut.

 

“Kapal pengangkut yang disewa sebuah syarikat pembekalan pekerja pelantar minyak sedang diuji tiga wakil syarikat berkenaan di sekitar muara Sungai Terengganu bermula pukul 9.30 pagi.

See also  Jalan Eaton dicadang tukar nama ke Jalan Tun Rahah

 

“Sewaktu memasuki muara Sungai Terengganu untuk pulang semula ke jeti Pulau Duyong, kapal pengangkut pekerja tersebut tiba-tiba mengalami masalah teknikal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Abdul Rahim berkata, kapal pengangkut pekerja itu kemudiannya hanyut sejauh beberapa meter menghala ke benteng penahan ombak berdekatan.

 

Beliau berkata, semua 10 mangsa berkenaan terselamat kecuali seorang terseliuh pada bahagian kaki kiri kerana terhempas ke bahagian batu sewaktu cuba menyelamatkan diri. – K! ONLINE

See also  Tiada timbangrasa untuk warga Emas Oku bayar kompaun baru buka kunci tayar

 

#Kosmo

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rakaman Cemas kapal pengangkut pekerja dihanyut ombak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238831
Users Today : 2087
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14908
Users Last 30 days : 58172
Users This Month : 48159
Users This Year : 238830
Total Users : 238831
Views Today : 2948
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24045
Views Last 30 days : 92702
Views This Month : 76999
Views This Year : 369214
Total views : 369215
Who's Online : 42
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares