Saya ‘mabuk, melampaui batas’, kata Datuk Tan

Saya ‘mabuk, melampaui batas’, kata Datuk Tan dalam kes pukul pelanggan restoran

FMT Reporters -January 18, 2021 5:00 PM

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lelaki itu yang menggelarkan diri sebagai “Datuk Tan” dalam video berdurasi 2 minit 10 saat, mengaku tindakannya bersama seorang lagi rakan tidak wajar dan melampaui batas.

 

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk memohon maaf kerana terbabit dalam serangan ke atas dua pelanggan di sebuah restoran Selasa lalu.

 

Lelaki itu yang menggelarkan diri sebagai “Datuk Tan” dalam video berdurasi 2 minit 10 saat, mengaku tindakannya bersama seorang lagi rakan tidak wajar dan melampaui batas.

 

“Ketika itu, saya dan rakan saya, berada dalam keadaan tidak rasional. Lalu saya rasa sangat marah kerana merasakan maruah saya, sebagai orang lebih berusia, ditegur pemuda tersebut. Kejadian menjadi semakin teruk apabila rakan saya menyangka saya dipukul pemuda tersebut.

See also  Video@melenting dengan teguran warga emas ugut bunuh pekerja restoran

 

“Lalu dia pun bertindak menampar pemuda tersebut. Kemudian, pergaduhan menjadi semakin teruk dan saya menjadi semakin tidak terkawal, lalu tertampar pemuda tersebut. Saya menyesal atas tindakan berkenaan,” katanya.

 

Sebelum ini, kedua-dua lelaki itu menyerah diri di Balai Polis Mutiara Damansara pada 2 petang Khamis lalu dan polis mendapatkan perintah reman pada Jumaat untuk menahan mereka.

 

Mahkamah Majistret bagaimanapun menolak permohonan polis untuk menyambung perintah reman ke atas dua ahli perniagaan yang terbabit dalam serangan terhadap dua pelanggan di sebuah restoran itu.

See also  Lelaki temui ajal atas pokok kelapa

 

Kejadian di sebuah restoran di Tropicana Avenue itu berlaku beberapa jam sebelum perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan Rabu lalu. Serangan itu mencetuskan kemarahan rakyat selepas dua klip video tersebar di media sosial.

 

Kejadian itu berlaku selepas seorang pemuda menegur “Datuk” berkenaan dan rakannya supaya merendahkan suara mereka.

 

Jelas Datuk itu lagi, ketika kejadian, dia dan rakannya sudah mabuk dan turut memaklumkan kesediaannya menerima apa sahaja hukuman oleh mahkamah.

 

Beliau berharap semua pihak tidak mengaitkan keluarganya atas insiden itu.

 

“Saya harap anda semua tidak libatkan keluarga saya dalam hal ini kerana kejadian ini berlaku atas tanggungjawab kami sendiri. Adalah tidak wajar kita libatkan orang yang tidak ada kena mengena dalam hal ini. Saya juga berharap perkara ini tidak lagi dipanjangkan,” katanya.

See also  Dua pelajar ditahan kes pukul

 

 

Cerita berkait

https://alhadi.my/2021/01/15/tegur-supaya-supaya-perlahan-kan-suara-berakhir-dengan-tindakbalas-pukul-memukul/

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Saya ‘mabuk, melampaui batas’, kata Datuk Tan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231739
Users Today : 180
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16379
Users Last 30 days : 62025
Users This Month : 41067
Users This Year : 231738
Total Users : 231739
Views Today : 279
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26392
Views Last 30 days : 98439
Views This Month : 66198
Views This Year : 358413
Total views : 358414
Who's Online : 15
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares