Kasihannya 60 penghuni terpaksa kongsi telefon untuk PdPR

60 penghuni terpaksa kongsi telefon untuk PdPR

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penghuni Pertubuhan Kebajikan Dan Bimbingan At Taqwa terpaksa bergilir-gilir berkongsi telefon bimbit bagi mengikuti sesi PdPR.

Warga net dipelawa menyumbang telefon seperti jenama DOCOMO Sharp AQuos 2 4gb/64gb yang harga sekitar RM480 agar anak anak ini dapat keselesaan dalam pembelajaran norma baru.

 

SHAH ALAM 20/1/2021- Penghuni Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa, Puchong di sini terpaksa bergilir-gilir berkongsi telefon bimbit bagi mengikuti hari pertama sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

 

 

 

Pengurusnya, Norhayati Wan Abib ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu turut mengakui berdepan cabaran besar dalam memastikan semua 60 penghuni mereka yang masih bersekolah dapat mengikuti sesi PdPR itu.

See also  Koperal Siti Azizon terima bantuan menteri, Tentera Darat Malaysia

 

Norhayati berkata, pihaknya juga telah membuat persiapan awal dan turut menerima jadual daripada guru setiap penghuni mereka yang kebanyakannya merupakan anak yatim.

 

“Kami terpaksa mengumpulkan telefon saya, suami, anak dan kakitangan di sini untuk digunakan oleh murid dan pelajar bagi mengikuti PdPR.

 

“Pada masa ini, hanya ada 10 telefon yang digunakan untuk mengikuti PdPR ini dan mereka perlu berkongsi kemudahan itu buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

 

Dalam pada itu, seorang bapa, Noor Najamuddin Mohd Nor, 41, berkata, setiap pihak perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan norma baharu antaranya melibatkan sesi persekolahan anak-anak yang berubah pada masa ini.

See also  88 kes covid19 di Selangor 25-10-2020

 

Najamuddin berkata, ibu-bapa juga perlu bekerjasama dengan guru bagi mengenal pasti kaedah terbaik dalam menjayakan sesi PdPR tersebut.

 

“Ini norma baru bersekolah, apa pun kita sebagai ibu bapa perlu bekerjasama dengan guru supaya anak tidak tertinggal silibus pembelajaran,” katanya.

 

PdPR bermula Rabu bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara dalam memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan PdPR bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih menghadapi penularan Covid-19 yang belum tamat.

See also  Jumlah Kes COVID19, 9 Januari 2021 

 

Warga net dipelawa menyumbang telefon seperti jenama DOCOMO Sharp AQuos 2 4gb/64gb yang harga sekitar RM480 agar anak anak ini dapat keselesaan dalam pembelajaran norma baru

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kasihannya 60 penghuni terpaksa kongsi telefon untuk PdPR " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231719
Users Today : 160
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16359
Users Last 30 days : 62005
Users This Month : 41047
Users This Year : 231718
Total Users : 231719
Views Today : 249
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26362
Views Last 30 days : 98409
Views This Month : 66168
Views This Year : 358383
Total views : 358384
Who's Online : 9
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares