Lelaki murung akibat tertekan dengan masalah kesihatan maut jatuh bangunan

Lelaki tertekan dengan masalah kesihatan maut jatuh bangunan

 

 

IPOH –21/1/2021:  Tertekan kerana menghidap masalah kesihatan dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak terjun dari tingkat tiga Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mayat lelaki berusia 39 tahun itu dijumpai terbaring oleh pengawal keselamatan dengan kesan kecederaan parah pada kepala di kawasan tempat letak motosikal berhampiran lobi hospital pada pukul 6.30 petang.

 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pembantu perubatan di hospital itu maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala.

See also  Bukan prank, memang pesanan penggali kubur

 

Katanya, mangsa yang sedang bertugas itu dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan utama hospital berkenaan.

 

“Mayat mangsa disahkan oleh rakan setugasnya di mana lelaki itu turut memaklumkan menjumpai nota bunuh diri dalam beg milik mangsa.

 

“Nota tersebut bertulis, ‘saya mati kerana saya tidak boleh tahan masalah kesihatan saya tidak boleh berfikir normal sorry (maaf) amma, Sumana dan kawan-kawan semua saya tidak mahu susahkan lagi u (awak) semua’,” katanya di sini hari ini.

See also  {Video} Lelaki murung maut jatuh tingkat 10 pangsapuri

 

Menurut A. Asmadi, turut dijumpai dalam beg tersebut ialah kad pengenalan diri mangsa, kad perubatan dan kad kaunseling.

 

Katanya, rakan mangsa turut mengesahkan lelaki itu sedang bertugas 24 jam di wad tingkat tiga semalam dan sedang menunggu keputusan rawatannya.

 

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperolehi,” katanya.

 

Sementara itu, beberapa rakan mangsa yang ditemui di Jabatan Forensik HRPB memberitahu mangsa dilihat murung sejak beberapa hari lalu namun tidak berkongsi keadaannya itu dengan orang lain.

See also  Motosikal melekat di badan bas kilang.

 

Difahamkan, mangsa yang berkhidmat di hospital berkenaan lebih setahun lalu juga merancang untuk berkahwin pada Mei ini.-K!ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki murung akibat tertekan dengan masalah kesihatan maut jatuh bangunan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238872
Users Today : 2128
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14949
Users Last 30 days : 58213
Users This Month : 48200
Users This Year : 238871
Total Users : 238872
Views Today : 3007
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24104
Views Last 30 days : 92761
Views This Month : 77058
Views This Year : 369273
Total views : 369274
Who's Online : 33
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares