Pelajar SPM MRSM Lipis dikuarantin – Covid-19

Pelajar SPM MRSM Lipis dikuarantin – Covid-19

 

LIPIS 20 Jan. – Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas terdapat pelajar didapati positif Covid-19.

 

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki ditempatkan di asrama MRSM berkenaan.

See also  Lagi buang sampah di laluan lebuh raya tanpa tol CSR

 

“Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif. Ia juga melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.

 

“Setakat pagi ini terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital,”katanya di sini, hari ini.

See also  Video@Sungai Kechau Tui bertukar biru angkara sisa kilang 

 

Menurutnya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Katanya, pemindahan pelajar berkenaan menaiki bas turut diiringi pihak polis dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.

 

“Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan dikuarantin,”ujarnya.

See also  Artifak kapal ditemui di Lipis terbabit perlombongan emas

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pelajar SPM MRSM Lipis dikuarantin - Covid-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231838
Users Today : 279
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16478
Users Last 30 days : 62124
Users This Month : 41166
Users This Year : 231837
Total Users : 231838
Views Today : 451
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26564
Views Last 30 days : 98611
Views This Month : 66370
Views This Year : 358585
Total views : 358586
Who's Online : 9
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares