Dua wanita, enam lelaki dipanggil kes minum arak di Pusat Kuarantin

Dua wanita, enam lelaki dipanggil kes minum arak di PKRC

MyMetroMutakhir

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kota Kinabalu: Polis memanggil dua wanita dan enam lelaki yang terbabit dalam isu minum minuman keras di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di sini, baru-baru ini.

 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ia bagi membantu siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi mendapatkan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

 

“Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit No.9 2020.

See also  Dah boleh keluar wad,diangkutnya tilam cadar bantal sekali

 

“Kami memandang serius kejadian seperti ini dan siasatan menyeluruh akan dilakukan termasuk bagaimana minuman keras itu dibawa ke situ,” katanya.

 

Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan sekurang-kurangnya lapan individu terbabit dalam aktiviti minum minuman keras di pusat berkenaan.

 

 

Video berdurasi 12 saat itu memaparkan seramai enam lelaki dan dua wanita sedang memegang tin minum arak jenis bir.

 

Sementara itu, Habibi berkata, seramai 29 individu dikenakan kompaun selepas didapati ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini, sejak 13 Januari lalu.

See also  Warga emas jalani kuarantin mati dalam rumah positif COVID-19

 

Beliau berkata, antara kesalahan dikesan adalah berkumpul tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

 

Menurutnya, polis turut mengarahkan 300 kenderaan berpatah balik di dua Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah ini.

 

“Ia bagi menghalang pengguna jalan yang tidak mempunyai alasan kukuh meneruskan perjalanan rentas daerah.

 

“Semua pengguna jalan raya itu diarahkan berpatah balik berdasarkan alamat pada kad pengenalan pemandu,” katanya.

See also  Bukan kompaun sebaliknya notis hadir beri keterangan – JHEAINS

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 10:08 PM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua wanita, enam lelaki dipanggil kes minum arak di Pusat Kuarantin " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239156
Users Today : 2412
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15233
Users Last 30 days : 58497
Users This Month : 48484
Users This Year : 239155
Total Users : 239156
Views Today : 3408
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24505
Views Last 30 days : 93162
Views This Month : 77459
Views This Year : 369674
Total views : 369675
Who's Online : 38
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares