Gelombang ke3 Covid19 21Jan 2021 hari ke-9 PKP 2.0.

21Jan 2021 hari ke-9 PKP 2.0.

 

Penyumbang terbesar kes Covid bagi gelombang ketiga adalah tempat kerja melibatkan kilang dan tapak pembinaan.

Purata tempoh inkubasi Covid selepas berjangkit ialah antara 5-6 hari.

 

Hari ini kita catat 41,755 kes aktif.

 

260 pesakit yang kritikal dalam Unit Kawalan Rapi (ICU) di mana 103 orang perlu bantuan alat pernafasan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sistem penyampaian kesihatan negara menjadi semakin kritikal.

 

Kita catat 16 kluster baru hari ini di mana 11 kluster berkaitan tempat kerja.

 

Semalam (PKP hari ke-8) ada 16 kluster juga di mana majoritinya adalah tempat kerja.

 

Ramai pakar yang mula menyuarakan PKP kali ini tidak effektik dan PKP 2.0 perlu dilanjut berkali-kali biarpun PKP 2.0 telah diumum petang tadi akan dilanjut 9 hari lagi ke 4 Februari bagi 7 negeri.

See also  Betul ke berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh COVID-19?

 

Penyumbang terbesar kes Covid bagi gelombang ketiga adalah tempat kerja melibatkan kilang dan tapak pembinaan.

 

Tapi kelonggaran juga diberi untuk PKP 2.0- kepada kilang, tapak pembinaan, kedai perabot, kedai emas, shopping mall, kedai pakaian dalam mewah dan sebagainya untuk terus beroperasi.

 

Namun kelonggaran untuk beroperasi ini tidak adil bagi semua.

 

Sebab sektor-sektor lain seperti kedai makanan (di mana pelanggan tidak dibenarkan untuk makan dalam premis), bas, teksi dan Grab akan menghadap kejatuhan bisnes yang ketara.

See also  UCAPAN
PRESIDEN UMNO MALAYSIA
DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI di perhimpunan khas amanat presiden

 

Sektor-sektor seperti penerbangan, pelancongan, pendidikan swasta, seni, sukan dan hiburan langsung tidak dapat berniaga.

 

Ada yang pendapatan tidak terjejas. Ada yang tejejas dan ada yang langsung tidak dibenarkan beroperasi dalam PKP 2.0 ini.

 

Sebab itu, lagi lama PKP 2.0 yang longgar ini dilanjutkan, lagi lama ketidakadilan ini akan beterusan dan lagi sukar untuk sistem penyampaian kesihatan kita pulih.

 

Dengan itu, saya harap kerajaan akan pertimbangkan sekali lagi untuk memberi bantuan yang sewajarnya supaya negara boleh menjalankan PKP 2.0 dengan sekeras-kerasnya tanpa kelonggaran bagi semua sektor untuk tempoh 2 minggu agar penularan Covid boleh dikurangkan dengan paling berkesan agar PKP tidak dilanjutkan berkali-kali.

See also  185 Jasa Besar Datuk Seri Najib untuk rakyat Malaysia

 

Pengorbanan seketika adalah jauh lebih baik berbanding mudarat berpanjangan bagi kesejahteraan Rakyat dan ekonomi.

 

PKP yang tegas untuk seketika adalah lebih baik dari PKP separuh masak yang berpanjangan.

 

Minta dipertimbangkan.

 

Sumber FB Najib Razak

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Gelombang ke3 Covid19 21Jan 2021 hari ke-9 PKP 2.0. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238625
Users Today : 1881
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14702
Users Last 30 days : 57966
Users This Month : 47953
Users This Year : 238624
Total Users : 238625
Views Today : 2664
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23761
Views Last 30 days : 92418
Views This Month : 76715
Views This Year : 368930
Total views : 368931
Who's Online : 52
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares