Peragut SJR Tol Gombak: Dua lelaki dicekup orang awam

Samun: Dua lelaki dicekup orang awam

 

 

PETALING JAYA:23/1/2021  Tindakan dua lelaki yang menyamun seorang pemandu wanita berhampiran sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Gombak menghala Bentong dekat sini mengundang padah apabila mereka ditangkap oleh orang awam semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian pada pukul 10.10 pagi itu, mangsa berusia 32 tahun yang memandu kereta sedang menunggu untuk melepasi pemeriksaan polis kira-kira 100 meter dari plaza tol terbabit sebelum dihampiri dua suspek bermotosikal.

 

Jelasnya, seorang daripada suspek bertindak memecahkan cermin kereta di bahagian penumpang hadapan sebelum mengambil beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen serta wang tunai RM90 sebelum melarikan diri.

See also  Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

 

“Pemandu lori di sebelah kereta berkenaan menyedari kejadian itu dan bertindak membunyikan hon sebelum diikuti pemandu kenderaan lain.

“Suspek cuba memecut motosikal namun terjatuh apabila motosikalnya terlanggar pintu sebuah lori yang dibuka pemandunya bagi menghalang suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Arifai, pemandu lori berkenaan bersama beberapa orang awam kemudiannya menangkap kedua-dua suspek sebelum diserahkan kepada polis bertugas di SJR Plaza Tol Gombak.

 

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 24 dan 28 tahun itu menggunakan motosikal dengan nombor pendaftaran palsu yang dilaporkan hilang di Taman Melawati, Ampang.

See also  Polis berjaya selamatkan Dua warga India mangsa dera bekas penyelia  

 

“Pemeriksaan ke atas beg bimbit suspek menemukan dua kad pengenalan orang lain yang pernah membuat laporan kes samun di Sentul dan Brickfields semalam,” katanya.

 

Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, suspek menggunakan modus operandi sama iaitu memecahkan cermin kereta ketika berada di persimpangan lampu isyarat.

 

“Dengan penahanan dua suspek terbabit, kita percaya telah menyelesaikan empat kes samun di daerah ini dan Kuala Lumpur,” jelasnya.

 

Tambah beliau, kedua-dua suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 27 Januari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

See also  Suspek Jenayah di kehendaki Polis Pahang

 

“Pihak polis mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan orang ramai yang membantu menangkap suspek dan menyerahkan suspek kepada kami,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Peragut SJR Tol Gombak: Dua lelaki dicekup orang awam " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231712
Users Today : 153
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16352
Users Last 30 days : 61998
Users This Month : 41040
Users This Year : 231711
Total Users : 231712
Views Today : 235
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26348
Views Last 30 days : 98395
Views This Month : 66154
Views This Year : 358369
Total views : 358370
Who's Online : 8
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares