Kenapa bakar motosikal tu…

Kenapa bakar motosikal tu…

 

Subang: Dua lelaki ditahan polis selepas disyaki membakar motosikal rosak yang ditinggalkan di tepi Jalan Aman Tambahan, Puchong dekat sini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, mangsa berusia 19 tahun yang tinggal di Puchong pada mulanya meninggalkan motosikal Modenas Kriss di kawasan terbabit pada 6 petang, 17 Januari lalu kerana rosak.

 

Menurutnya, mangsa yang kembali ke lokasi pada 6.30 petang dan mendapati motosikalnya terbakar.

See also  Bertengkar kerana parkir helikopter

 

“Dia kemudiannya menerima rakaman video menerusi aplikasi WhatsApp daripada kenalannya mengenai tindakan seorang lelaki sedang membakar motosikalnya itu.

 

“Mangsa yang mengalami kerugian kira-kira RM1,000 kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit.

 

“Bertindak atas maklumat itu, pada 12.30 tengah hari Isnin lalu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

See also  Ajak isteri orang bersetubuh, warga Indonesia mati dibunuh

 

Abd Khalid berkata, siasatan awal mendapati kedua lelaki berkenaan mengaku terbabit dalam kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

 

Sebelum ini, tular video yang mendakwa penduduk kawasan terbabit membakar motosikal itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan sekumpulan remaja menunggang motosikal dan membuat bising.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 3:46 PM

See also  Mengamuk tak dapat wang beli dadah, lelaki bakar motosikal

Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my

Video: Media sosial

 

#HarianMetro

#selangor

#infosemasa

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kenapa bakar motosikal tu... " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231716
Users Today : 157
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16356
Users Last 30 days : 62002
Users This Month : 41044
Users This Year : 231715
Total Users : 231716
Views Today : 242
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26355
Views Last 30 days : 98402
Views This Month : 66161
Views This Year : 358376
Total views : 358377
Who's Online : 8
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares