Spesis Hampir pupus Bangkai yu paus ditemui dengan sirip dipotong

????????????????????

 

Spesis Hampir pupus Bangkai yu paus ditemui dengan sirip dipotong

 

LUMUT – Bangkai ikan yu paus sepanjang 5.7 meter dengan kesan sirip kanannya dipotong ditemui terapung di perairan Sungai Dinding, Sitiawan di sini pada Sabtu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Malah hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati perut mamalia atau nama saintifiknya, rhincodon typus itu mempunyai plastik dan ranting kayu.

 

Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, kedua-dua faktor tersebut disyaki menjadi punca kematian yu paus itu.

See also  Teknologi AS Lampu Isyarat Gantung Pertama Malaysia di Perak

 

Bagaimanapun, menurutnya, punca sebenar kematian ikan seberat 1.5 tan itu masih dalam siasatan.

 

“Bangkai mamalia yang masih juvenil itu ditemui nelayan sekitar jam 3 petang pada Jumaat dan anggota Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh dan myKomuniti Perikanan (myKP) Teluk Senangin digerakkan untuk mencari bangkai mamalia itu.

 

“Usaha mencari bangkai ikan itu mengambil masa dua hari kerana terperangkap di kawasan bakau dan ia dipercayai sudah mati sejak empat hari lalu,” katanya di sini pada Ahad.

See also  Yong Siput cedera digigit anjing

 

Mohd Tamimi berkata, mamalia itu dikategorikan spesis marin terancam berikutan populasinya antara seekor hingga tiga ekor dan biasa ditemui di perairan Pulau Sembilan, Bagan Datuk.

 

“Kita khuatir sirip ikan itu hilang disebabkan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab kerana nilai pasaran yang tinggi untuk dijadikan makanan esotik.

 

“Komuniti maritim dan orang awam yang menemui ikan itu dalam keadaan sudah mati atau masih hidup dinasihatkan segera melaporkan kepada kami,” katanya.

See also  Video✓✓Kelibat buaya gemparkan penduduk

 

⏩???????????????????? ????????????????????????

24 Januari 2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Spesis Hampir pupus Bangkai yu paus ditemui dengan sirip dipotong " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238588
Users Today : 1844
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14665
Users Last 30 days : 57929
Users This Month : 47916
Users This Year : 238587
Total Users : 238588
Views Today : 2611
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23708
Views Last 30 days : 92365
Views This Month : 76662
Views This Year : 368877
Total views : 368878
Who's Online : 48
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares