Capaian internet di Pulau Aman masih ketinggalan

Capaian internet di Pulau Aman masih ketinggalan

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

NUR Alea Soffiyah Ahmad Hanif (kiri) dan Hanis Syuhada Razali (kanan) terpaksa belajar di luar rumah kerana masalah capaian internet. – Foto NUR IZZATI MOHAMAD

 

NIBONG TEBAL: Sebahagian pelajar sekolah di Pulau Aman, dekat sini terpaksa merayau sehingga ke Hujung Tanjung, kawasan paling hujung di pulau berkenaan bagi mencari liputan internet untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

 

Ada di antara mereka juga menggunakan lebih daripada satu telefon pintar supaya tidak ketinggalan menyertai sesi berkenaan sejak sesi persekolahan bermula kelmarin.

 

Ia berikutan masalah capaian internet yang tidak kuat dan kerap terputus hingga memberi kesukaran kepada pelajar di pulau terbabit untuk belajar secara dalam talian.

 

Pelajar Tingkatan 4, Nur Alea Soffiya Ahmad Hanif, 16, berkata dia terpaksa meminjam telefon pintar bapanya untuk mencari capaian internet yang kuat sebelum membuka ‘hotspot’ dan merangkaikannya dengan telefon pintar miliknya untuk mengikuti kelas secara ‘google meet’.

 

Disebabkan perlu belajar dalam talian ekoran pandemik COVID-19 yang belum berakhir, katanya, dia berusaha sebaik mungkin untuk turut serta mengikuti kelas ‘google meet’ dengan membeli data internet tanpa had.

See also  VIDEO✓✓Polis siasat insiden video tular menunjukkan warga asing solat Aidiladha pekarangan di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang

 

“Namun, saya sering berdepan masalah akses internet yang selalu terganggu sehingga terpaksa meninggalkan kelas lebih awal. Masalah ini juga menyebabkan saya penat terpaksa berjalan merayau-rayau sehingga ke Hujung Tanjung yang berjarak kira-kira 10 minit dari rumah.

 

“Untuk mencari capaian internet yang kuat, saya juga terpaksa meminjam telefon pintar ayah untuk dibuka ‘hotspot’ dan diletakkan di ceruk tingkap rumah supaya saya dapat mengikuti kelas.

 

“Namun jika masalah liputan internet berlarutan, saya hanya mampu memohon maaf kepada guru. Mujur guru memahami masalah yang dihadapi,” katanya ketika ditemui, hari ini.

 

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, dia memahami 70 hingga 80 peratus ilmu yang diajar guru melalui kelas dalam talian, namun berharap pandemik COVID-19 dapat berakhir secepat mungkin.

See also  [Video]Kebiadaban penyampai HitzFM hina diklasifikasikan sebagai membuli atau menghina orang lain tanpa hak

 

“Ini kerana pembelajaran bersemuka adalah lebih baik, apatah lagi saya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun hadapan,” katanya.

 

Rakannya, Hanis Syuhada Razali, turut menghadapi masalah sama seperti Nur Alea hingga sesi pembelajarannya menjadi kelam kabut.

 

“Jika Alea guna data, saya pula guna perkhidmatan jalur lebar kerana ingatkan saya tidak akan berdepan masalah, tetapi masalahnya sama sahaja. Bagaimanapun, saya tidak berputus asa, malah sanggup belajar di tepi tingkap untuk mencari capaian internet.

 

“Sekarang memang kena usaha sendiri jika tidak, memang saya akan tercicir dalam pelajaran,” katanya yang bersama-sama Nur Alea belajar di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di Bukit Mertajam.

 

Tinjauan di Pulau Aman mendapati capaian internet bagi perkhidmatan disediakan semua syarikat komunikasi di negara ini menghadapi masalah dan sering terputus, sekali gus turut memberi kesukaran kepada penduduk sekiranya berdepan kecemasan.

 

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kampung Pulau Aman, Saidi Abd Majid, berkata masalah capaian internet di kampung itu sudah lama dialami mereka.

See also  Bukan polis palsu, tindakan berdasar undang-undang

 

“Apa yang menjadi kerisauan ialah jika pelajar terpaksa keluar rumah, semata-mata untuk akses internet pada waktu malam. Ia sudah tentu menimbulkan risiko kepada keselamatan mereka.

 

“Jika boleh, kami mahu syarikat telekomunikasi melaksanakan usaha naik taraf rangkaian sedia ada bagi memudahkan penduduk di sini, agar kami tidak lagi berdepan masalah telekomunikasi dan capaian internet yang terhad,” katanya. – Kredit Berita Harian

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Capaian internet di Pulau Aman masih ketinggalan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231759
Users Today : 200
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16399
Users Last 30 days : 62045
Users This Month : 41087
Users This Year : 231758
Total Users : 231759
Views Today : 308
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26421
Views Last 30 days : 98468
Views This Month : 66227
Views This Year : 358442
Total views : 358443
Who's Online : 10
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares