Kartel daging dikawal bukan Bumiputera, kata Tajuddin

Kartel daging dikawal bukan Bumiputera, kata Tajuddin

Minderjeet Kaur -January 24, 2021 9:50 PM

 

Kartel berkenaan beroperasi sejak berdekad-dekad lalu dan enggan mengongsikan perniagaan berbilion ringgit itu dengan syarikat Bumiputera.

Bekas timbalan menteri pertanian Tajuddin Abdul Rahman mengakui hadapi kesukaran memecahkan monopoli.

 

PETALING JAYA: Kartel daging memang wujud dan dimonopoli serta dikawal bukan Bumiputera, kata seorang bekas timbalan menteri pertanian.

 

  1. Tajuddin Abdul Rahman, yang menjadi timbalan menteri dari 2013 hingga 2018, berkata kartel berkenaan beroperasi sejak berdekad-dekad lalu dan enggan mengongsikan perniagaan berbilion ringgit itu dengan syarikat Bumiputera.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Katanya, beliau mengambil beberapa langkah untuk memecahkan monopoli itu supaya beberapa kartel luar negara tidak cuma membekalkan untuk dua atau tiga syarikat bukan Bumiputera tempatan.

See also  Penghantar AirAsia ditawarkan pekerjaan sepenuh masa dengan gaji bulanan minimum RM3,000

 

“Monopoli itu membolehkan mereka mengawal harga daging,” katanya.

 

Tajuddin, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dan anggota majlis tertinggi Umno berkata, beliau bekerja dengan syarikat baharu dari India yang bersetuju membekalkan daging kepada syarikat Bumiputera.

 

“Kartel daging memang wujud. Syarikat ini mengawal pasaran eksport dari India dan Australia, dan jika ada pemain baru mereka mengurangkan harga atau berbuat apa saja untuk memegang monopoli,” katanya kepada FMT.

 

Bagaimanapun, beliau tidak tahu sama ada daging diimport kartel berkenaan dicampurkan daging bukan halal seperti dibangkitkan dalam media baru-baru ini.

 

Tanda soal terhadap pemeriksaan Jakim

 

Tajuddin berkata, ketika beliau di kementerian itu, beliau mencadangkan Jakim dan Jabatan Veterinar untuk melantik lebih ramai pegawai bagi memantau lebih kerap keperluan halal di sini dan negara sumber daging.

See also  Peniaga Viral Video telah ditawar lot niaga Pasar Harian Selayang, pernah dikompaun tiga kali – Wilayahku

 

“Ini perlu dipantau secara tetap dan bukan selepas tempoh lama. Apa-apa boleh berlaku (jika tidak diperiksa). Status halal mungkin terjejas,” tambahnya.

 

Tajuddin berkata, jika pemantauan berkesan dilaksanakan pertikaian berhubung persijilan halal tidak mungkin timbul.

 

Bagaimanapun, beliau juga tidak tahu sama ada cadangannya melantik lebih pegawai untuk memantau bekalan serta membuka lebih rumah penyembelihan dilaksanakan selepas Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum 2018.

 

Mengimbau kesukaran dalam menangani sektor itu, Tajuddin berkata kartel tempatan dan asing bekerjasama dan tidak membenarkan pemain baharu dalam pasaran, seterusnya menyebabkannya mencari pembekal baharu dari India.

 

“Saya turut mendesak rumah penyembelihan halal baharu untuk memenuhi bekalan. Ada juga kesukaran dengan jabatan veterinar sedangkan ketika itu saya cuma mahu memujuk pengeksport membantu pembekal Bumiputera tempatan kita,” tambahnya.

See also  Keluhan peniaga Tanjung Aru Plaza wajar diambil perhatian.

 

Beliau juga bertanya sama ada Jakim melantik pegawai baharu untuk memantau proses persijilan halal, di samping menegaskan keperluan memeriksa rumah penyembelihan di luar negara secara berkala untuk memastikan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kartel daging dikawal bukan Bumiputera, kata Tajuddin " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231688
Users Today : 129
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16328
Users Last 30 days : 61974
Users This Month : 41016
Users This Year : 231687
Total Users : 231688
Views Today : 197
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26310
Views Last 30 days : 98357
Views This Month : 66116
Views This Year : 358331
Total views : 358332
Who's Online : 7
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares