Peniaga berang simbah penguat kuasa dengan air panas bercampur minyak

Peniaga berang simbah penguat kuasa dengan air panas bercampur minyak

 

Muar: 24/1/2021  Seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) bernasib baik kerana sempat mengelak air panas bercampur minyak dari kuali yang disimbah pemilik kedai makan di Jalan Omar, Parit Jawa di sini, kelmarin.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian 9.30 malam itu berlaku ketika beberapa anggota penguat kuasa MPM melakukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) peraturan operasi perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di premis berkenaan.

Yang Dipertua MPM, Mustaffa Kamal Shamsudin berkata, pemilik kedai makan berkenaan didapati melanggar peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

See also  Video@Curi pancing barang pos dalam pagar rumah

 

Katanya, ketika anggota penguat kuasa berada dibahagian dapur untuk meminta butiran pemilik premis, lelaki berusia 40-an itu tiba-tiba berang dan menyimbah air panas bercampur minyak dari kuali ke arah anggota terbabit tetapi dapat dielak.

 

“Tindakan lelaki itu tidak berakhir di situ apabila dia mengekori kenderaan peronda penguat kuasa MPM hingga ke sebuah stesen minyak.

 

“Lelaki berkenaan yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar kemudian menghamburkan kata-kata kesat dengan menyifatkan anggota penguat kuasa terbabit seperti binatang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

See also  Lelaki ludah pekerja kedai ditahan

 

Mustaffa Kamal berkata, susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat oleh anggota penguat kuasa terbabit kerana menghalang tugas penjawat awam serta cubaan mendatangkan kecederaan.

 

“Pemilik turut dikompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi SOP mengikut Seksyen 72(1)(F) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit dengan membenarkan pelanggan makan di dalam premis ketika PKP berkuat kuasa,” katanya.

 

Katanya, orang awam atau peniaga dinasihatkan tidak membuat sebarang tindakan agresif ke atas penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

 

“Kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 dengan mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa.

See also  Senapang Buatan Sendiri ditemui di Kluang

 

“Pihak MPM akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid-19,” katanya.

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Peniaga berang simbah penguat kuasa dengan air panas bercampur minyak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238811
Users Today : 2067
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14888
Users Last 30 days : 58152
Users This Month : 48139
Users This Year : 238810
Total Users : 238811
Views Today : 2927
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24024
Views Last 30 days : 92681
Views This Month : 76978
Views This Year : 369193
Total views : 369194
Who's Online : 46
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares