Warga emas gelang merah jambu habis minyak ketika ke hospital – Polis

Warga emas gelang merah jambu habis minyak ketika ke hospital – Polis

 

Bernama

Januari 24, 2021 22:24 MYT

Gambar hiasan

 

ALOR GAJAH: Polis hari ini menjelaskan lelaki warga emas memakai gelang merah jambu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya ingkar perintah kuarantin sebenarnya kehabisan minyak ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk memotong gelang itu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata disebabkan itu, warga emas berumur 69 tahun terbabit terpaksa berhenti untuk mengisi minyak di Masjid Tanah pada kira-kira 9.54 pagi semalam, sebelum dirakam seorang individu dan ditularkan sehingga menerima pelbagai kecaman.

See also  Malaysia Dinobat Negara Ketiga Di Dunia Rakyat Paling Malas berJalan Kaki

 

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa telah diarah menjalani kuarantin di rumahnya di Pengkalan Balak bermula 13 Jan lepas hingga semalam dan stesen minyak Petron Masjid Tanah itu merupakan stesen minyak pertama yang dijumpai mangsa dalam perjalanan tersebut.

See also  Info Covid19 10 Ogos 2021: Jumlah 19,991 kes

 

“Berdasarkan siasatan, lelaki berkenaan dalam perjalanan ke HAG bersama isteri dan anak perempuannya bagi memotong gelang merah jambu itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut beliau, lelaki itu hanya mengetahui gambarnya mengisi minyak tersebut tular hari ini selepas dimaklumkan oleh anaknya, sebelum dia membuat laporan polis pada kira-kira 1 tengah hari tadi bagi menjelaskan perkara sebenar selain meminta mereka yang berkenaan memadamkan gambar berkenaan.

See also  Terkini Covid-19 Kelantan: katil hospital,PKRC penuh dengan cepat

Orang ramai juga diminta berhenti menularkan gambar tersebut.

 

— BERNAMA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga emas gelang merah jambu habis minyak ketika ke hospital - Polis " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238607
Users Today : 1863
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14684
Users Last 30 days : 57948
Users This Month : 47935
Users This Year : 238606
Total Users : 238607
Views Today : 2636
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23733
Views Last 30 days : 92390
Views This Month : 76687
Views This Year : 368902
Total views : 368903
Who's Online : 44
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares