4 lelaki provokasi polis kena buat kerja amal dua bulan

4 lelaki provokasi polis kena buat kerja amal dua bulan

 

MOHD SYALMIZI HAMID

25 Januari 2021, 4:47 pm

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

of it

GEORGE TOWN – Empat lelaki diperintahkan melakukan kerja amal dalam tempoh dua bulan selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan provokasi terhadap polis di Tanjung Tokong di sini 17 Janari lalu.

 

Majistret R. Manomani memerintahkan tertuduh, Shahrizal Anuar, 38, Mohd. Safwan Akbar, 29, Mohd. Hafiz Nasri Shah, 28, dan Mohd. Danial Al Arabia Mohd. Rafi, 24 menjalani hukuman perintah kehadiran berwajib itu selepas mengaku bersalah.

See also  Sindiket Macau Scam guna portal MyEG, JPJ dan SPR cungkil maklumat mangsa, 22 ditahan

 

Mereka diperintahkan menjalani hukuman itu bagi tempoh dua bulan selama tiga jam sehari.

 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis pada pukul 5.40 petang, 17 Januari lalu di simpang lampu isyarat Jalan Tanjong Tokong, di sini.

 

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Rais Imran Hamid manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam, Nur Najihah Ahmad Zulkarnain.

See also  Ditahan keluar tengah malam cari susu untuk anak usia sehari, bapa akui lupa SOP

 

Sementara itu, di hadapan majistret sama, keempat-empat mereka serta tiga yang lain iaitu Azizul Mohamad, 45; Mohd Idris Ayob, 25, dan Danish Ikmal Mohd Shafiq Samugam, 20, didenda RM700 selepas didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lokasi dan masa yang sama.

 

Baru-baru ini tular satu video di laman sosial yang memaparkan beberapa individu mendakwa tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menendang dua lelaki yang menaiki motosikal di Jalan Sri Tanjung, Tanjung Tokong sehingga terbalik.

See also  Video✓✓Dua Suspek bakar Pondok Polis sudah dicekup

 

Bagaimanapun, mangsa kemalangan itu sebenarnya berlanggar dengan sebuah kereta selepas cuba melarikan diri ketika polis mengarahkan berhenti kerana tidak memakai topi keledar. – K! ONLINE

 

Cerita sebelum ini.

https://alhadi.my/2021/01/19/pdrm-cari-komen-fb-berbaur-fitnah-dan-melampau-dalam-kejadian-kemalangan-di-tanjung-tokong/

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 4 lelaki provokasi polis kena buat kerja amal dua bulan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239086
Users Today : 2342
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15163
Users Last 30 days : 58427
Users This Month : 48414
Users This Year : 239085
Total Users : 239086
Views Today : 3302
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24399
Views Last 30 days : 93056
Views This Month : 77353
Views This Year : 369568
Total views : 369569
Who's Online : 47
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares