Lelaki maut nahas kereta, pikap di Bintulu

Lelaki maut nahas kereta, pikap di Bintulu

 

BINTULU: Seorang lelaki maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan sebuah pikap di Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, hari ini.

 

Mangsa dikenali sebagai Ano Umin, 48, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, maut di lokasi kejadian.

 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 9.05 pagi.

See also  Buaya 14 kaki berjaya di tangkap oleh Bomba

 

Katanya, sejurus sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki tersepit pada bahagian kerusi duduk bahagian pemandu.

 

“Pasukan bomba telah mengeluarkan mangsa tersepit dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

See also  VIDEO] Pemandu lori sondol King positif dadah

 

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

 

Manakala seorang mangsa penumpang 4WD yang cedera di bahagian kepala dibawa ambulans ke hospital.

 

Oleh Ambrose Rirang

Kategory Sarawak

Video/gambar: Bomba/media sosial

 

#UtusanBorneo

See also  Ibu cari nafkah jadi penghantar makanan hancur kaki dirempuh lori
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki maut nahas kereta, pikap di Bintulu " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231838
Users Today : 279
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16478
Users Last 30 days : 62124
Users This Month : 41166
Users This Year : 231837
Total Users : 231838
Views Today : 451
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26564
Views Last 30 days : 98611
Views This Month : 66370
Views This Year : 358585
Total views : 358586
Who's Online : 8
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares