Op benteng tldm usir 25 bot nelayan indonesia dari perairan negara

 

LUMUT, 26 Januari 21 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya mengusir 25 bot nelayan Indonesia yang mencerobohi perairan negara kira-kira 52 batu nautika Tenggara Pulau Perak dalam kejadian yang berlaku pada petang semalam.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kapal-kapal nelayan tersebut telah berjaya dikesan oleh Air Component Commmander, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertindak menyalurkan maklumat kepada Kapal milik TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) MAHAWANGSA yang sedang melaksanakan operasi OP BENTENG LAUT di Sektor 3 dan seterusnya telah diatur gerak ke kawasan tersebut bagi menyiasat perkara berkenaan.

See also  {{VIDEO}} Ibu bapa kanak-kanak tular panjat beranda diberi amaran

Hasil siasatan mendapati terdapat sebanyak 25 bot nelayan Indonesia yang tidak memiliki nombor pendaftaran serta mengibarkan bendera Indonesia berada di dalam perairan negara dan kesemua bot nelayan asing tersebut kemudianya telah diusir keluar dari perairan negara.

See also  Panglima ATM- Kerajaan perlu tambah bilangan Dron kawal sempadan dengan lebih berkesan.

 

ATM menerusi TLDM akan terus memperkasakan OP BENTENG menerusi rondaan berterusan kapal TLDM yang beroperasi 24/7 serta mengukuhkan kerjasama dengan pelbagai agensi maritim lain di bawah National Task Force (NTF) bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta pencerobohan bot nelayan asing ke perairan negara.

 

Sumber berita daripada:

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM

See also  Sokong, edar barangan berkaitan Daesh, penjual cendol dipenjara 16 tahun

 

#ATMSentiasaBersepadu

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#NationalTaskForce

#OP_BENTENG

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Op benteng tldm usir 25 bot nelayan indonesia dari perairan negara " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231748
Users Today : 189
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16388
Users Last 30 days : 62034
Users This Month : 41076
Users This Year : 231747
Total Users : 231748
Views Today : 293
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26406
Views Last 30 days : 98453
Views This Month : 66212
Views This Year : 358427
Total views : 358428
Who's Online : 15
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares