Ratusan pelarian Rohingya lari, cuba menyusup ke Malaysia

Ratusan pelarian Rohingya lari, cuba menyusup ke Malaysia

 

Jakarta: Ratusan pelarian etnik Rohingya melarikan diri dari kem perlindungan sementara di Balai Latihan Kerja (BLK) Lhokseumawe, Aceh untuk memasuki Malaysia.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) Indonesia, Mitra Suryono berkata, sejak awal lagi pelarian Rohingya itu memang bertujuan ke Malaysia dan bukan Indonesia.

 

“Mereka meninggalkan kem penempatan tanpa pengetahuan petugas.

 

“Mereka menggunakan khidmat orang ketiga untuk menyeberang ke Malaysia, kerana sejak awal memang tujuan mereka Malaysia,” kata Mitra kepada Kompas.com.

See also  Video Operasi sita motosikal roda tiga warga asing

 

Data yang diperoleh Kompas.com, pelarian Rohingya datang dalam dua gelombang iaitu gelombang pertama terkandas di Aceh Utara, seramai 99 orang.

 

Gelombang kedua di Kota Lhokseumawe seramai 297 orang.

 

“Keseluruhan pelarian yang melarikan diri berjumlah 396 orang di Kem Balai Latihan Kerja (BLK) Lhokseumawe.

 

“Daripada jumlah itu, 281 orang melarikan diri manakala tiga meninggal dunia.

 

“Ketika ini baki yang tinggal 112 orang di kem sementara ini,” katanya.

See also  Rakaman Aksi Peminta Sadaqah Rohingya

 

Menurutnya, alasan etnik Rohingya mahu ke Malaysia kerana mereka sudah melarikan diri ke sana beberapa kali termasuk Disember lalu.

 

Sebelum itu, etnik Rohingya berangkat dari Bangladesh dengan tujuan Malaysia namun kerana kerosakan kapal mereka terkandas di perairan Aceh.

 

Menurut Mitra, sebahagian pelarian meneruskan hidup di Malaysia dan berharap dapat memasuki negara itu.

 

“Di Malaysia, sebahagian keluarga mereka, baik suami, saudara dan lainnya sudah hidup dengan baik. Maka, niat ke Malaysia itu terus ada,” kata Mitra.

See also  Aksi Kejar Mengejar dengan polis, dua lelaki gagal seludup PATI

 

Mitra berkata, UNHCR menyerahkan sepenuhnya proses undang-undang kepada polis berkaitan perdagangan orang etnik Rohingya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Ratusan pelarian Rohingya lari, cuba menyusup ke Malaysia " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231797
Users Today : 238
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16437
Users Last 30 days : 62083
Users This Month : 41125
Users This Year : 231796
Total Users : 231797
Views Today : 366
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26479
Views Last 30 days : 98526
Views This Month : 66285
Views This Year : 358500
Total views : 358501
Who's Online : 8
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares