Bukan kompaun sebaliknya notis hadir beri keterangan – JHEAINS

*Bukan kompaun sebaliknya notis hadir beri keterangan – JHEAINS*

 

UTUSAN

26 Januari 2021

 

SEREMBAN: Bukan kompaun tetapi teguran diberikan kepada beberapa ahli jemaah surau Taman Matahari Height, Senawang dekat sini selepas mereka didapati tidak mengikuti prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Ia selepas tular di media sosial hari ini beberapa gambar jemaah surau tersebut yang dikatakan dikompaun sebanyak RM1,000 oleh anggota penguat kuasa apabila mengadakan jamuan selepas waktu solat maghrib di surau berkenaan semalam.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Nik Azlan Nik Man berkata, tiada sebarang saman atau apa-apa notis dikeluarkan oleh pihak Pegawai Penguat Kuasa Agama JHEAINS ke atas jamaah di surau berkenaan.

See also  Pesakit Covid-19 berkurangan, mesin oksigen dipulangkan

 

Tambahnya, dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kompaun juga adalah tidak benar kerana Pegawai Penguat Kuasa Agama tiada sebarang kuasa untuk menawarkan sebarang kompaun ke atas mana-mana individu.

“Gambar tular yang menunjukkan pegawai penguat kuasa sedang menulis seakan-akan kompaun adalah sebenarnya Notis Perintah Hadir untuk Memberikan Keterangan.

 

“Ini kerana penerima notis berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 59 Enakmen Jenayah Syariah (NS) pindaan 2019 yang berkaitan dengan Engkar Arahan Pihak Berkuasa Agama kerana tidak mematuhi SOP Pengimarahan Masjid dan Surau yang dikeluarkan oleh pihak JHEAINS kerana mengadakan aktiviti jamuan dan menjamu makanan di antara jamaah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

See also  Suami isteri buat eksperimen sosial dicekup polis

Tambah beliau, dalam kejadian di surau tersebut semalam, seramai lima individu diberikan Notis Perintah Hadir Memberikan Keterangan tersebut dan kejadian berlaku di antara waktu solat Maghrib dan Isyak.

Sementara itu, menurut Nik Azlan lagi, pihaknya setakat ini telah menjalankan kira-kira 10,000 pemeriksaan di surah dan masjid di Negeri Sembilan bagi memastikan jemaah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Selepas pemeriksaan tersebut kami belum lagi mengeluarkan notis berkenaan sehinggalah semalam kerana dilihat ada yang melanggar SOP tersebut dan kami perlu bertegas.

See also  CAC STADIUM MELAWATI SESAK, LEBIH 4,000 INDIVIDU POSITIF LAPOR DIRI

“Kami akan terus melakukan pemeriksaan termasuk pada waktu Subuh, kita sayang kepada umat Islam malah langkah ini juga bagi menjaga nama baik masjid dan surau di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

 

Pautan berkaitan

https://alhadi.my/2021/01/27/akibat-langgar-sop-pkp/

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bukan kompaun sebaliknya notis hadir beri keterangan – JHEAINS " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231698
Users Today : 139
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16338
Users Last 30 days : 61984
Users This Month : 41026
Users This Year : 231697
Total Users : 231698
Views Today : 216
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26329
Views Last 30 days : 98376
Views This Month : 66135
Views This Year : 358350
Total views : 358351
Who's Online : 10
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares