Artifak kapal ditemui di Lipis terbabit perlombongan emas

Artifak kapal ditemui di Lipis terbabit perlombongan emas

 

Kuantan: Perbadanan Muzium Negeri Pahang dan Jabatan Warisan Negara (JWN) menjalin kerjasama memulihara artifak rangka kapal yang ditemui selepas banjir surut di Kampung Pagar, Mukim Penjom, Lipis baru-baru ini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata setakat ini Muzium Pahang, JWN bersama masyarakat kampung sudah menjalankan proses dokumentasi, merekod dan memelihara artifak itu.

 

Artifak itu ditempatkan di Muzium Warisan Lipis yang kini di dalam pengawasan dan penjagaan oleh Pejabat Daerah Lipis.

See also  JPNK TAHAN LELAKI YANG CEROBOH DAN RATAKAN TANAH HUTAN SIMPAN TERENAS

 

“Penyelidikan pada fasa seterusnya dijangka melalui proses ekskavasi arkeologi di lokasi kapal itu ditemui untuk mendapat maklumat secara saintifik dan memastikan keseluruhan artifak yang tertinggal dapat ditemukan.

 

“Daripada tinjauan, lebih 100 pecahan kayu ditemui yang dipercayai sebahagian daripada badan kapal itu berdasarkan morfologi dan jenis kayu dan paku.

 

“Turut ditemui sejumlah seramik dagangan yang seusia dengan relik kapal itu yang terdiri daripada seramik China dan Eropah di sekitar tapak jumpaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

See also  Perompak tumbuk pemilik kedai emas, larikan barang kemas RM200,000

 

Mohd Sharkar berkata, daripada analisis awal, kapal berkenaan kemungkinan jenis kapal wap sepanjang 25 hingga 300 meter panjang.

 

Berdasarkan rekod sejarah di kawasan itu, kapal berkenaan boleh dikaitkan dengan kegiatan perlombongan emas di Penjom yang beroperasi sejak abad ke-19.

 

“Beberapa kapal jenis kapal wap beroperasi atau melalui di sepanjang sungai Pahang di Kuala Pahang, pekan hingga sungai Lipis.

 

“Antaranya SS Amherst yang dilaporkan karam di Kuala Pahang dan kapal Seri Pahang yang dipercayai karam di Paloh Hinai, Pekan.

 

See also  Tahukah anda Merdeka 118 bangunan kedua tertinggi didunia

“Berdasarkan rekod, sebuah kapal pernah beroperasi di kawasan ini iaitu SS Senyum yang beroperasi dengan syarikat perlombongan emas Penjom, namun tiada rekod ia karam,” katanya.

 

Pautan berkaitan

https://alhadi.my/2021/01/19/timbulnya-bangkai-kapal-vivian-sons-di-lipis/

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Artifak kapal ditemui di Lipis terbabit perlombongan emas " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231751
Users Today : 192
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16391
Users Last 30 days : 62037
Users This Month : 41079
Users This Year : 231750
Total Users : 231751
Views Today : 298
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26411
Views Last 30 days : 98458
Views This Month : 66217
Views This Year : 358432
Total views : 358433
Who's Online : 11
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares