Bapa tiri durjana dipenjara 1,050  tahun  24 Sebatan rogol Anak Tiri

Bapa tiri durjana dipenjara 1,050  tahun  24 Sebatan rogol anak tiri

 

Kamu tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang ganas walaupun hukuman yang diberikan adalah hukuman minima namun mahkamah merasakan memadai mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan terhadap kamu,”

KLANG – Perbuatan keji seorang penganggur merogol anak tirinya sebanyak 105 kali selama dua tahun sejak 2018 mendapat balasan setimpal apabila dijatuhi penjara 1,050 tahun dan 24 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Hakim Datin M. Kunasundary menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh berusia 33 tahun selepas mengaku bersalah terhadap 105 pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

See also  Samseng Jalanan pijak warga emas baru balik dari rawatan hemodialisis

 

Berdasarkan hukuman ditetapkan, lelaki itu dipenjara 10 tahun dari tarikh ditangkap 20 Januari lalu yang berjalan secara berasingan dan membawa penjara keseluruhan 1,050 tahun.

 

Selain itu, turut dikenakan dua sebatan bagi 105 pertuduhan dengan jumlah keseluruhan 210 sebatan. Bagaimanapun, hanya 24 hukuman sebatan sahaja dikenakan merujuk kepada Seksyen 288 (5) Kanun Acara Jenayah.

 

Kundusary dalam penghakiman menegaskan kesalahan dilakukan adalah keji dan amat berat.

 

“Malah telah memalapkan hidup seorang kanak-kanak. Saya harap kamu insaf dalam penjara.

See also  Cuba noda anak tiri sebelum campak cucu

 

“Kamu tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang ganas walaupun hukuman yang diberikan adalah hukuman minima namun mahkamah merasakan memadai mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan terhadap kamu,” jelasnya.

 

Dalam prosiding lebih empat jam bermula pukul 3 petang, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya berusia 14 tahun sebanyak 105 kali di sebuah flat di Sungai Way, Petaling Jaya bermula 2018 hingga tahun lalu.

 

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

See also  Kes rogol bawah umur meningkat ketika PKP di Kelantan

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Mohamad Afiq Zuber.

 

Oleh #KOSMO

27 Januari 2021, 8:30 pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bapa tiri durjana dipenjara 1,050  tahun  24 Sebatan rogol Anak Tiri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231645
Users Today : 86
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16285
Users Last 30 days : 61931
Users This Month : 40973
Users This Year : 231644
Total Users : 231645
Views Today : 128
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26241
Views Last 30 days : 98288
Views This Month : 66047
Views This Year : 358262
Total views : 358263
Who's Online : 9
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares