Nekad Terajang Babi Turun Minyak Cedera akibat terkena jerat

Nekad Terajang Babi mengamuk setelah  terkena jerat

 

 

Parit Buntar: 27/1/2021 Tindakan nekad seorang lelaki menendang seekor babi hutan sehingga terjatuh ke dalam longkang berjaya menyelamatkannya daripada terus diserang haiwan liar itu, Isnin lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menceritakan kejadian di Kampung Batu 10, Tanjung Piandang, dekat sini, mangsa, Mohd Ramli Putih, 49, berkata dalam kejadian 11 pagi itu, dia menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membeli sekampit simen di Pekan Tanjung Piandang.

 

Menurutnya, kira-kira 300 meter sebelum sampai ke rumahnya, secara tiba-tiba seekor babi hutan datang dari sawah padi dan merempuhnya dari arah kanan.

See also  Warga Thai Dihukum Penjara 10 Bulan

 

“Berikutan itu, saya terjatuh bersama motosikal dan ketika cuba bangun, sekali lagi babi hutan itu menyondol belakang badan saya dan menyebabkan saya terhempas kali kedua di atas jalan.

 

“Tanpa menghiraukan kesakitan, saya gagahkan diri untuk bangun dan ketika babi itu cuba menyerang sekali lagi, saya beranikan diri menerajangnya sehingga terjatuh ke dalam longkang,” katanya.

 

Mohd Ramli berkata, babi itu tidak dapat naik dari longkang dan dia berlari ke rumah mengambil sebatang besi dan memukulnya sehingga mati.

See also  Gempar Babi masuk dalam Alamanda Putrajaya

 

Menurutnya, dia terpaksa berbuat demikian kerana bimbang babi itu akan mencederakan orang lain khususnya kanak-kanak atau kaum wanita.

 

“Saya perasan ada satu tali di kaki babi itu dan ia dipercayai terkena perangkap dipasang seseorang sehingga cedera lalu naik minyak dan menyerang saya,” katanya.

Mohd Ramli yang juga pesawah berkata, kejadian menyebabkan dia cedera di tangan kanan dan belakang badan akibat diserang haiwan itu.

 

Menurutnya, dia kini masih trauma dengan kejadian itu dan tidak boleh melakukan kerja berat.

See also  Inilah Sebabnya Kenapa Tikus Sangat Bernilai di Afrika

 

Kejadian menimpa Mohd Ramli turut mendapat perhatian pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menziarahinya, semalam.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Nekad Terajang Babi Turun Minyak Cedera akibat terkena jerat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238963
Users Today : 2219
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15040
Users Last 30 days : 58304
Users This Month : 48291
Users This Year : 238962
Total Users : 238963
Views Today : 3134
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24231
Views Last 30 days : 92888
Views This Month : 77185
Views This Year : 369400
Total views : 369401
Who's Online : 31
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares