Sultan Selangor kesal pihak pentingkan diri sendiri berhubung pembukaan masjid, surau

Sultan Selangor kesal pihak pentingkan diri sendiri berhubung pembukaan masjid, surau

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang tidak berfikir panjang dan hanya mementingkan diri berhubung sanggup memudaratkan jemaah lain sekiranya masjid dan surau dibuka semula seperti biasa.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin bertitah, baginda amat memahami kegusaran dan kebimbangan umat islam di negeri ini yang belum boleh berjemaah solat fardhu dan menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid kerana mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

See also  15,902 kes Covid-19 pada 24 Julai 2021

“Baginda turut membaca sendiri rayuan yang disalurkan menerusi Mufti Selangor (Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid) dan permohonan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan perkara berkenaan.

“Bagaimanapun, baginda menegaskan bahawa keputusan yang dibuat untuk menghadkan bilangan jemaah di masjid-masjid adalah demi menjaga keselamatan seluruh umat Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohamad Munir, Sultan Sharafuddin menitahkan ini berikutan statistik terbaharu di Selangor membabitkan kes-kes jangkitan wabak Covid-19 masih lagi meningkat dengan jumlah kematian yang tinggi selain jumlah kes positif telah mencecah 5 digit dan 3 digit bagi angka kematian ketika ini.

See also  30 kakitangan HSAH dijangkiti Covid-19

Justeru, baginda tidak mahu lebih ramai lagi rakyat negeri ini mendapat jangkitan akibat lalai mematuhi PKP dan SOP sehingga boleh menyebabkan kematian.

“Sultan Sharafuddin berharap tidak ada lagi pihak yang bertelagah sesama sendiri berhubung keputusan yang telah diambil sebulat suara oleh pihak berwajib ini, demi keselamatan umat Islam di Negeri Selangor.

See also  Berdegup laju tak semestinya sakit jantung

“Tidak bererti jika masjid dan surau ditutup maka amal ibadah juga akan terhenti,” jelasnya. -K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sultan Selangor kesal pihak pentingkan diri sendiri berhubung pembukaan masjid, surau " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238591
Users Today : 1847
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14668
Users Last 30 days : 57932
Users This Month : 47919
Users This Year : 238590
Total Users : 238591
Views Today : 2615
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23712
Views Last 30 days : 92369
Views This Month : 76666
Views This Year : 368881
Total views : 368882
Who's Online : 46
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares