Takut Covid-19, ada pekedai di Perak larang petugas pusat tahanan Kamunting beli barang keperluan

Takut Covid-19, ada pekedai di Perak larang petugas pusat tahanan Kamunting beli barang keperluan

January 28, 2021 3:10 PM

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menteri Besar Saarani Mohamad bersama Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid meninjau sekatan jalan raya di Changkat Jering di sini hari ini.

 

TAIPING: Menteri Besar Saarani Mohamad menyelar tindakan segelintir pekedai menghalang “frontliners” membeli barangan keperluan termasuk makanan.

 

Beliau berkata, beberapa pekedai di sekitar Taiping dikesan meletakkan poster melarang masuk petugas terbabit, khususnya kakitangan Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA).

 

FMT sedang berusaha mendapatkan foto poster melarang masuk petugas KEMTA di premis perniagaan yang dirujuk Saarani.

 

Saarani menyifatkan tindakan pekedai berkenaan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan memberikan persepsi serong terhadap petugas barisan hadapan.

See also  Pada 3 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,658 kes

 

Powered by Streamlyn

 

“Ada beberapa kedai yang meletakkan poster dan pelekat tidak membenarkan kakitangan KEMTA untuk membeli barangan.

 

“Tindakan itu adalah satu penghinaan kepada mereka yang tidak bersalah kerana yang datang (membeli) bukanlah mereka yang positif (Covid-19).

 

“Yang positif adalah mereka yang di dalam penjara. Yang datang keluar membeli barang keperluan adalah mereka yang bebas (daripada Covid-19),” kata beliau.

 

Beliau berkata, petugas KEMTA dilarang masuk oleh pekedai tertentu walaupun mereka sudah pun menjalani kuarantin selama 14 atau 10 hari, dan “gelang merah jambu sudah pun dipotong.”

 

Saarani berkata demikian selepas mengadakan lawatan di lokasi sekatan jalan raya (SJR) Changkat Jering.

 

See also  Kulit bawang putih banyak khasiat tersembunyi

Katanya, tidak ada sebab untuk sesiapa meragui risiko jangkitan daripada “frontliners” tanpa asas sah, sehingga tidak membenarkan mereka membeli barangan keperluan.

 

“Jangan beri persepsi yang salah kepada petugas ‘frontliners’ termasuk yang bertugas sebagai warder penjara dan petugas pusat kuarantin. Kita seolah-oleh menjatuhkan moral mereka yang selama ini bertugas untuk kebaikan kita,” katanya.

 

Bulan lalu, perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di KEMTA susulan peningkatan kes positif Covid-19.

 

Tindakan itu diambil selepas Kementerian Kesihatan melaksanakan 1,490 saringan terhadap tahanan dan mendapati 50 daripadanya positif Covid-19.

 

PKPD di KEMTA serta kuarters kakitangan ditamatkan pada 12 Jan lalu, manakala bagi blok penempatan OKT di PTP yang melibatkan Blok Gemilang, Blok Harapan, Blok Jaya dan Blok Abadi ditamatkan 26 Jan.

See also  Buah Nam Nam berkhasiat tinggi

 

Dalam pada itu, Saarani turut mengingatkankan semua Exco dan wakil rakyat Perak menunjukkan contoh dan teladan baik dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

 

Katanya, ia termasuk menjaga penjarakan fizikal dan tidak mengambil gambar secara rapat dan membuka pelitup muka.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Takut Covid-19, ada pekedai di Perak larang petugas pusat tahanan Kamunting beli barang keperluan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231696
Users Today : 137
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16336
Users Last 30 days : 61982
Users This Month : 41024
Users This Year : 231695
Total Users : 231696
Views Today : 212
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26325
Views Last 30 days : 98372
Views This Month : 66131
Views This Year : 358346
Total views : 358347
Who's Online : 10
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares