Pengecualian perbaharui LKM, CDL 1 Februari hingga 31 Mac

Pengecualian perbaharui LKM, CDL 1 Februari hingga 31 Mac

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL), berkuat kuasa 1 Februari hingga 31 Mac depan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata pemandu bagaimanapun perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan itu kepada anggota penguat kuasa trafik sekiranya diminta.

See also  Bertengkar tak puas hati pasal cuti

 

“Pemegang LKM dan CDL yang sudah atau bakal tamat tempoh, hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian, iaitu hingga 30 April 2021,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ka Siong berkata, pengecualian itu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha mengurangkan kesesakan di tempat awam.

 

Bagaimanapun, pengecualian tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL serta PSV).

See also  Terlepas tangan bapa, kanak-kanak lari ke tengah jalan maut dilanggar kereta

 

Ini kerana perkhidmatan pembaharuan berkait mereka, masih dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perlu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Pengecualian memperbaharui LKM dan CDL pernah dilaksanakan dari 25 Mac hingga 30 September tahun lalu ketika penguatkuasaan PKP yang pertama.

 

Ka Siong sekali gus mengingatkan orang ramai supaya menjadi pemandu berhemah dan mematuhi SOP yang ditetapkan MKN sepanjang tempoh PKP. – BERNAMA

See also  Lelaki tular video anggota trafik kerana tidak puas hati disaman
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pengecualian perbaharui LKM, CDL 1 Februari hingga 31 Mac " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238373
Users Today : 1629
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14450
Users Last 30 days : 57714
Users This Month : 47701
Users This Year : 238372
Total Users : 238373
Views Today : 2309
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23406
Views Last 30 days : 92063
Views This Month : 76360
Views This Year : 368575
Total views : 368576
Who's Online : 68
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares