*62 sukarelawan terima suntikan vaksin terawal di Malaysia*

 

Oleh Noorazura Abdul Rahman

bhnews@bh.com.my

January 30, 2021 @ 6:21pm

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

_Kumpulan pertama 62 sukarelawan menerima suntikan vaksin hari ini dengan majoritinya golongan belia berusia antara 18 hingga 30 tahun.-/_ Foto NSTP

 

 

SUNGAI PETANI: Kerajaan memulakan suntikan vaksin bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 kepada 62 sukarelawan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, hari ini.

 

Individu itu adalah kumpulan terawal di Malaysia menerima suntikan vaksin berkenaan dan mereka adalah sebahagian daripada 375 individu yang disasarkan menjadi sukarelawan bagi proses penerimaan suntikan kajian klinikal vaksin COVID-19 di hospital itu.

 

Ketua Jabatan Pusat Penyelidikan Klinikal HSAH, Dr Vijaya Kumar L Suppan, berkata sukarelawan terbabit dipilih dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas dan memiliki tubuh badan yang sihat.

 

Selain itu, katanya, mereka yang dipilih tidak membabitkan wanita mengandung, wanita bercadang mengandung dan wanita yang masih berada dalam proses penyusuan.

See also  ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

 

“Majoriti sambutan yang diterima untuk menjadi sukarelawan di HSAH membabitkan kumpulan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun. Mereka sudah menjalani saringan Khamis lalu dan selepas didapati bebas COVID-19, barulah boleh menerima suntikan vaksin pada hari ini.

 

“Kebanyakan mereka mengetahui maklumat berkaitan Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 melalui media sosial seperti aplikasi Facebook, WhatsApp dan Twitter,” katanya.

 

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan sebelum ini menyatakan Kajian Klinikal Fasa 3 adalah kerjasama antara Malaysia dan China menerusi Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS). Kajian sama turut dijalankan di Brazil selain Kajian Klinikal Fasa 1 dan 2 dilakukan di China.

 

Vaksin kajian berkenaan menggunakan platform vaksin tidak aktif yang diperbuat daripada virus yang sudah dimatikan.

See also  6 minuman detoks yang popular untuk reset badan anda.

 

Kira-kira 3,000 sukarelawan di seluruh negara akan menerima suntikan di sembilan hospital KKM yang dijadikan tapak kajian di bawah seliaan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM iaitu HSAH, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Seberang Jaya, Hospital Pulau Pinang, Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Umum Sarawak.

 

Mengulas lanjut, Dr Vijaya berkata, sukarelawan terbabit juga akan dikawal selia dan dipantau pihak hospital selama setahun, selain perlu menjalani beberapa ujian lain untuk mengetahui kesan suntikan yang mula dilaksanakan hari ini.

 

Katanya, suntikan kedua akan diadakan dalam masa 14 hari selepas ini.

 

“Bagaimanapun, sukarelawan ini akan dipantau setiap minggu selama enam minggu untuk kita tahu kesan dan cara penerimaan suntikan vaksin ini.

See also  Kilang Panasonic sahkan 116 pekerjanya positif COVID-19

 

“Selepas enam minggu sukarelawan ini akan dihubungi melalui telefon dua minggu sekali sehingga tempoh setahun,” katanya.

 

Sementara itu, Dr Vijaya turut berharap orang ramai terutama yang tinggal di utara tanah air berdaftar sebagai sukarelawan bagi Kajian Klinikal berkenaan di enam hospital termasuk di HSAH Sungai Petani, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376162
Users Today : 1696
Users Yesterday : 1470
Users Last 7 days : 16262
Users Last 30 days : 61651
Users This Month : 3166
Users This Year : 376161
Total Users : 376162
Views Today : 2520
Views Yesterday : 2277
Views Last 7 days : 24521
Views Last 30 days : 95150
Views This Month : 4797
Views This Year : 579491
Total views : 579492
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-02
0Shares