Bangladesh hantar kumpulan ketiga pelarian Rohingya ke Bhasan Char

Bangladesh hantar kumpulan ketiga pelarian Rohingya ke Bhasan Char

 

Januari 29, 2021 @ 5:30pm

 

DHAKA: Kira-kira 1,700 pelarian Islam Rohingya hari ini menjadi kumpulan ketiga dihantar ke Bhasan Char, penempatan di pulau terpencil di Teluk Benggala.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurut pegawai tentera laut Bangladesh, satu lagi kumpulan akan dihantar esok, walaupun terdapat kebimbangan pulau berkenaan terdedah kepada ribut dan banjir.

 

Mereka adalah kumpulan terbaru menyertai kira-kira 3,500 pelarian etnik Rohingya dari negara jiran Myanmar yang dihantar Bangladesh ke pulau Bhasan Char sejak awal Disember lalu.

See also  Ramai warga Asing Bangla berniaga kedai jual barang basah

 

Tindakan itu bertujuan mengurangkan kesesakan dan pelbagai masalah lain di kem di sempadan Myanmar-Bangladesh yang menempatkan jutaan pelarian Rohingya.

 

Menurut pegawai bertanggungjawab di pulau berkenaan, Komodor Abdullah Al Mamun Chowdhury, hari ini kita-kira 1,700 pelarian dijangka sampai.

 

“Sebelum ini, kami bercadang membawa antara 700 hingga 1,000 pelarian tetapi akhirnya membawa 1,800 orang berikutan sanak saudara yang sudah berada di Bhasan Char berjaya memujuk lebih ramai menyertai mereka.

See also  Ketulan najis jatuh dari langit buat penduduk kampung di UK gempar

 

“Kini, lebih ramai pelarian Rohingya berpindah ke pulau ini secara sukarela selepas transit ke kem terdekat yang terletak di bandar pelabuhan Chittagong.

 

“Esok, kira-kira 1,300 lagi akan menyertai mereka dan kesemuanya, sekitar 3,000 pelarian, akan dipindahkan ke Bhasan Char,” katanya.

 

Pulau yang muncul di laut kira-kira dua dekad lalu itu mengambil masa beberapa jam perjalanan dari pelabuhan Chittagong.

 

Chowdhury juga menafikan wujud ancaman banjir berikutan dinding setinggi dua meter dibina sepanjang 12 kilometer (km) bagi melindungi pulau yang mampu menampung 100,000 orang, lengkap dengan segala kemudahan asas. – AGENSI

See also  PATI buat kegiatan penyembelihan dan pasar basah haram di tingkat atas lot kedai. 

 

#BeritaHarian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bangladesh hantar kumpulan ketiga pelarian Rohingya ke Bhasan Char " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

362991
Users Today : 1130
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9886
Users Last 30 days : 65341
Users This Month : 52009
Users This Year : 362990
Total Users : 362991
Views Today : 1786
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15363
Views Last 30 days : 100903
Views This Month : 80702
Views This Year : 559768
Total views : 559769
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares