Dera: Jiran nampak mangsa kerap termenung

Dera: Jiran nampak mangsa kerap termenung

 

 

MELAKA – Jiran kanak-kanak yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya semalam mendakwa mangsa kerap dilihat termenung di rumah keluarganya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Gadis yang enggan dikenali itu berkata, dia turut merakam gambar mangsa selepas beberapa kali melihat kanak-kanak itu termenung di bahagian hadapan dan belakang rumah.

 

“Saya sengaja merakam gambarnya (mangsa) pada minggu lalu. Saya ada melambai tangan ke arahnya, namun tidak dibalas sebaliknya dia masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui di Taman Krubong Jaya di sini semalam.

See also  PKP2.0 Sewa homestay untuk berjudi.

 

Ibu gadis itu pula mendakwa, dia mendapat tahu tentang nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu selepas berkongsi gambar mangsa dengan keluarga angkat sebelum tular di Facebook.

 

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga angkat kanak-kanak itu dan kebetulan anak saya pernah merakam gambar arwah termenung, jadi saya kongsikan gambar itu dengan mereka,” katanya.

See also  Jururawat rugi RM94,000 diperdaya individu menyamar ‘pegawai’ LHDN

 

Gambar mangsa yang termenung di tingkap rumahnya itu turut menjadi tular di laman sosial Facebook, petang tadi.

 

Mengulas lanjut mengenai sikap mangsa, keluarga itu berkata, arwah pernah dilihat bermain dengan dua adiknya di kawasan pekarangan rumah.

 

“Kami sekeluarga bekerja dan pulang lewat petang. Sekali sekala nampak dia (mangsa) bermain, ada juga terdengar suara budak menangis, tetapi tidak kerap,” katanya.

 

Wanita itu mengetahui mangsa meninggal dunia selepas melihat kehadiran ambulans sebelum dimaklumkan kanak-kanak itu lemas dalam tong air.-K! ONLINE

See also  Kanak-kanak 4 tahun mati didera teman lelaki ibu
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dera: Jiran nampak mangsa kerap termenung " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

145788
Users Today : 2237
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21094
Users Last 30 days : 77186
Users This Month : 39513
Users This Year : 145787
Total Users : 145788
Views Today : 3090
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32147
Views Last 30 days : 118363
Views This Month : 60277
Views This Year : 222667
Total views : 222668
Who's Online : 48
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares