Hilang kerja serentak, 4 beranak tinggal di bangsal

Hilang kerja serentak, 4 beranak tinggal di bangsal

 

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri yang diberhentikan kerja serentak tanpa notis apatah lagi pampasan tahun lalu terpaksa membawa dua anak tinggal di sebuah bangsal di Kampung Mek Mas di sini dua bulan lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mohd. Saufi ibrahim , 41, dan Dahlia Musliman, 48, bersama dua anak mereka bergambar di depan bangsal didiami di Kampung Mek Mas di Kota Bharu pada 30 Januari 2021.

 

Mohd. Saufi ibrahim , 41, dan Dahlia Musliman, 48, tiada ikhtiar lain untuk mencari tempat berteduh selepas dihalau dari rumah sewa selepas empat bulan tidak membayar sewa.

 

Selain tiada pampasan, syarikat perlombongan pasir yang menjadi majikan mereka juga didakwa tidak membayar gaji selama empat bulan kepada Mohd. Saufi dan Dahlia.

 

Menurut Dahlia, semasa bekerja, dia berjawatan kerani dengan gaji bulanan RM1,500 manakala suaminya sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM1,400.

 

Katanya, sebelum ini, mereka bersama dua anak perempuan, Nur Dhiyalissyha, 7, dan Nur Dheyalina, 6, tiada masalah kewangan teruk tetapi nasib keluarga berubah selepas diberhenti kerja serentak.

See also  Tarikh dan Jumlah Bayaran BKM Fasa 4 (November 2022)

 

“Suami dan anak-anak pernah menumpang di pos pengawal di syarikat lama kami bekerja selama lima hari sementara mencari tempat tinggal lain. Itu sahaja cara yang kami ada ketika itu sebelum pulang ke kampung dan mendirikan bangsal di atas tanah kerajaan berhampiran rumah ibu mertua saya.

 

“Kami membina bangsal ini atas belas ihsan rakan dan penduduk kampung yang menyumbangkan kayu palet dan zink. Bahagian lantai pula dibuat daripada batu blok dan keseluruhan bangsal siap dalam masa dua hari,” katanya ketika ditemui di bangsal mereka semalam.

 

Menurut Dahlia, meskipun ruang sempit dan tidak selesa, dia tetap bersyukur sekurang-kurangnya keluarga mempunyai tempat berteduh tanpa perlu menumpang di rumah orang lain.

See also  Kisah benar Perjuangan dan harapan Ibu demi ilmu anak

 

Katanya, suaminya kini bekerja dengan membantu nelayan dengan upah RM20 sehari bergantung kepada keadaan ombak dan cuaca.

 

Selain itu, suaminya juga menjaga tujuh ekor kambing baka kampung, Boer, Kalhari dan Janapari oleh sepupunya.

 

“Kambing itu diternak secara pawah iaitu apabila kambing beranak, anak kambing akan diambil secara bergilir-gilir dengan sepupunya itu. Setakat ini, kami masih menunggu kelahiran kedua anak kambing yang bakal menjadi milik kami.

 

“Alhamdulillah, suami saya menjaga kambing-kambing itu dengan baik di dalam sebuah kandang,” katanya.

 

Ditanya makanan harian keluarga itu, Dahlia, suami dan anak- anaknya tidak terlalu memilih dan cukup sekadar hidangan nasi goreng dengan telur, selain nasi putih dimakan dengan ulam-ulaman yang ditanam sendiri dan dicicah budu.

See also  Kibar bendera kerana darurat diharuskan dalam Islam

 

Menurutnya, dia hanya akan membeli ayam untuk dimasak sekiranya kedua-dua anak teringin untuk makan nasi bersama lauk-pauk lain.

 

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Hong Leong menerusi akaun 12451082558 atas nama Dahlia Musliman atau hubungi wanita itu di talian 011-3333 9644. – UTUSAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Hilang kerja serentak, 4 beranak tinggal di bangsal " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378000
Users Today : 1595
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16139
Users Last 30 days : 61390
Users This Month : 5004
Users This Year : 377999
Total Users : 378000
Views Today : 2144
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24021
Views Last 30 days : 94273
Views This Month : 7309
Views This Year : 582003
Total views : 582004
Who's Online : 14
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares