Penyewa rumah, premis niaga DBKL, PPj, PL nikmati diskaun 50 peratus

Penyewa rumah, premis niaga DBKL, PPj, PL nikmati diskaun 50 peratus

 

 

Tangkap layar ciapan Twitter Annuar Musa pada Sabtu.

 

SHAH ALAM – Penyewa rumah kos rendah dan premis perniagaan di bawah seliaan Kementerian Wilayah Persekutuan akan menikmati potongan sewa sebanyak 50 peratus mulai Januari sehingga Mac ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, potongan itu membabitkan penyewa rumah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL).

 

“Sungguhpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini peniaga boleh berniaga, (tetapi) kita tahu perniagaan mereka cukup terjejas.

See also  Lagi Hotel Yang Menawarkan Aktiviti Pelacuran Diserbu DBKL

 

“Pendapatan keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut menerima kesan.

 

“(Jadi) demi terus membantu mereka, kesemua penyewa rumah murah DBKL, PPj, PL dan penyewa premis niaga diberikan diskaun 50 peratus (mulai) Januari hingga Mac 2020,” ciapnya di Twitter pada Sabtu.

 

Annuar pada tahun lalu mengumumkan Wilayah Persekutuan akan menjadi wilayah bebas berniaga selama enam bulan mulai 15 November 2020.

 

Katanya, inisiatif itu dibuat bagi membolehkan warga Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan meringankan beban susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikhususkan kepada warganegara Malaysia sahaja.

See also  Tentera boleh buat tangkapan Kuala Lumpur: Perdana Menteri

 

Beliau bagaimanapun berkata, peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma.

 

Sungguhpun PKP kali ini,peniaga boleh berniaga,kita tahu perniagaan mereka cukup terjejas.Pendapatan keluarga di PPR turut menerima kesan.

 

Demi terus membantu mereka,kesemua penyewa rumah murah dbkl,ppj,PL dan penyewa premis niaga DI BERIKAN DISKAUN 50% ,Januari hingga Mac 2021

See also  Disaman RM1 juta, 20 peguam bersedia tawar khidmat kepada pelajar perempuan

 

pic.twitter.com/ll0FHhwnVK — Annuar Musa (@AnnuarMusa) January 30, 2021

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penyewa rumah, premis niaga DBKL, PPj, PL nikmati diskaun 50 peratus " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133189
Users Today : 1584
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20501
Users Last 30 days : 69204
Users This Month : 26914
Users This Year : 133188
Total Users : 133189
Views Today : 2542
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31885
Views Last 30 days : 108227
Views This Month : 41861
Views This Year : 204251
Total views : 204252
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares