PKP 2.0 : 4 lelaki melepak dikompaun RM1,000

4 lelaki melepak dikompaun RM1,000

 

BENTONG 29 Jan. – Air mineral yang diminum hanya berharga RM1 namun terpaksa membayar RM1,000.

 

Itulah yang dihadapi empat lelaki yang dikompaun kerana masih berdegil melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) apabila melepak tanpa memakai pelitup muka dan tanpa penjarakan fizikal di sebuah kedai di bandar ini semalam.

 

Ketua Polis daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam operasi hasil maklumat awam kira-kira pukul 4.45 petang itu empat individu berumur 38 hingga 59 tahun itu masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana engkar PKP 2.0.

See also  ✓✓Video Pelepasan gas kilang durian ganggu pengguna jalan raya

 

“Dalam pemantauan SOP berdasarkan maklumat awam mendapati sekumpulan lelaki mengelilingi sebuah meja tanpa memakai pelitup muka dan tanpa penjarakan fizikal

 

“Keempat-empat lelaki berkenaan kemudian dikompaun kerana melanggar PKP 2.0 yang mana kesalahan dilakukan di bawah Perkara 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,”katanya di sini, hari ini.

See also  Takut Covid-19, ada pekedai di Perak larang petugas pusat tahanan Kamunting beli barang keperluan

 

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 22 kompaun atas pelbagai kesalahan melanggar SOP dikeluarkan sepanjang tempoh PKP 2.0 dari 22 Januari lalu sehingga kini.

 

Tegasnya, pihak polis akan terus melakukan pemantauan dan tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang masih berdegil melanggar SOP ditetapkan.

 

“Masyarakat sepatutnya audah faham dan boleh patuh kepada setiap SOP yang ada dan saya menyeru kepada masyarakat Bentong agar patuhi SOP ditetapkan.

See also  Berjudi di Maeps: Polis buka kertas inkuiri

 

“Kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan orang ramai dikompaun RM1,000,”ujarnya.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PKP 2.0 : 4 lelaki melepak dikompaun RM1,000 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231683
Users Today : 124
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16323
Users Last 30 days : 61969
Users This Month : 41011
Users This Year : 231682
Total Users : 231683
Views Today : 189
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26302
Views Last 30 days : 98349
Views This Month : 66108
Views This Year : 358323
Total views : 358324
Who's Online : 9
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares