VAKSIN DIGUNA DI MALAYSIA TIADA UNSUR BABI, HAIWAN

VAKSIN DIGUNA DI MALAYSIA TIADA UNSUR BABI, HAIWAN

 

KUALA LUMPUR: Vaksin COVID-19 yang dipilih untuk digunakan di Malaysia tidak mengandungi sel haiwan termasuk babi.

 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata kebanyakan vaksin yang wujud di dunia ketika ini juga tidak mempunyai unsur babi.

 

Katanya, penggunaan vaksin di negara ini dijelaskan dalam keputusan fatwa muzakarah kebangsaan yang disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan ia juga selari dengan fatwa sama di seluruh dunia.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Vaksin-vaksin yang menjadi pilihan Malaysia adalah dalam kelompok yang paling tinggi kadar keberkesanan dan paling banyak dipercayai di seluruh dunia berdasarkan lebih 80 juta dos yang sudah disuntik kepada penduduk di lebih 57 negara seluruh dunia.

 

“Setiap hari, lebih 3.6 juta dos disuntik di merata tempat. Cuma ada peratus kecil laporan kes terpencil yang akhirnya ternyata tiada kaitan langsung dengan kesan vaksin.

 

“Tetapi kerana pelaporan yang mengelirukan, masyarakat jadi was-was dan takut,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

 

Dalam hantaran itu, Ahmad Amzad juga meminta media supaya berhati-hati dalam pemilihan tajuk berita khususnya berkaitan COVID-19 dan vaksin.

 

“Jangan kerana mahu tarik perhatian pembaca, guna perkataan yang mengelirukan dan menakutkan rakyat dan menggugat usaha kerajaan menangani penularan COVID-19. Sebagai contoh berita daripada China mengenai kaedah swab dari dubur.

 

“Tajuk dibaca secara sekali imbas terus jadi viral dan ramai buat andaian kononnya kaedah itu di Malaysia sedangkan berita asal meyatakan China tidak bercadang menjadikan ia kaedah piawai. Pakar dari Malaysia juga menegaskan kaedah sekarang paling sesuai dan berkesan,” katanya.

 

Beliau juga berkata, tajuk mengenai vaksin juga banyak mengelirukan contohnya mengenai ulama tersohor Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang menjelaskan hukum vaksin yang mengandungi bahan najis seperti babi.

 

“Lalu tajuk berita ditulis `Vaksin COVID-19 mengandungi babi hukumnya harus.’ Habis jadi bahan percakapan bahawa dalam vaksin COVID-19 ada babi,” katanya. – BH????

See also  DG Hisham Kluster Teratai Di Klang Telah Menjangkiti 71 Kes Bukan Pekerja Top Glove
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VAKSIN DIGUNA DI MALAYSIA TIADA UNSUR BABI, HAIWAN " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Terengganu: 90 positif gara-gara 30 individu zon merah pulang beraya   

Our Visitor

231840
Users Today : 281
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16480
Users Last 30 days : 62126
Users This Month : 41168
Users This Year : 231839
Total Users : 231840
Views Today : 454
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26567
Views Last 30 days : 98614
Views This Month : 66373
Views This Year : 358588
Total views : 358589
Who's Online : 6
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares