Kes gaduh: Dua geng berebut kawasan jual dadah
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
01 FEB 2021


SHAH ALAM – Polis mengenal pasti motif kejadian pergaduhan bersenjatakan parang di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang pada Ahad, adalah disebabkan perebutan kawasan jualan dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, seramai 10 individu kini berjaya ditangkap sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan IPD Serdang menerusi Ops Cantas.
“Siasatan mendapati pergaduhan itu disebabkan perebutan kawasan penjualan dadah antara Geng 08 Sungai Besi Indah, Serdang dipercayai diketuai oleh seorang lelaki dikenali sebagai Sara 08 Sungai Besi Indah bersama orang kanannya dikenali sebagai Rajie 5000.
“Satu pihak lagi adalah Geng 36 Bukit Belimbing, Kajang dipercayai diketuai oleh seorang lelaki dengan panggilan Tan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian pergaduhan dua kumpulan itu selepas menerima panggilan pada jam 6.37 petang.
Katanya, pihaknya menemui tiga buah kereta yang ditinggalkan di lokasi kejadian dengan kesan pelanggaran antara satu sama lain.
“Dua individu yang cedera parah dilaporkan stabil selepas dirawat di hospital.
Tambahnya, JSJ Selangor telah mengenal pasti beberapa individu yang boleh membantu siasatan. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat sila berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten
Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326/148 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, satu rakaman video tular memaparkan kejadian tersebut di mana sekumpulan lelaki membawa senjata parang menyerang sekumpulan lelaki yang lain.
Polis telah mengenal pasti berapa individu (gambar) yang terbabit dan tindakan tangkap sedang diambil.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " ????????????Polis tahan 14 individu kes gaduh dua geng di Cheras " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.