*Hospital Miri nafi wanita terlepas masuk ke wad Covid-19*

*Hospital Miri nafi wanita terlepas masuk ke wad Covid-19*

 

 

Pengurusan Hospital Miri di Sarawak menafikan dakwaan bahawa seorang wanita terlepas masuk ke wad pesakit Covid-19 untuk melawat salah seorang ahli keluarganya di hospital tersebut.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Sebaliknya, pihak pengurusan hospital tampil menjelaskan bahawa insiden dari rakaman video tular itu berlaku akibat keengganan ahli keluarga pesakit memberikan kerjasama dalam mematuhi polisi hospital.

 

“Setelah sesi kaunseling diberikan, ahli keluarga berkenaan mengaku bahawa dia mengalami kerisauan terhadap pesakit sehingga menyebabkan tekanan emosi yang tinggi.

See also  Resepi mudah sos cili tanpa gula pasir dan tanpa perasa MSG

 

“Hospital ingin menjelaskan bahawa insiden ini bukan berlaku di Wad Pesakit Covid-19. Sehubungan itu, pengurusan Hospital Miri meminta orang ramai menghentikan penyebaran video tersebut di media sosial bagi melindungi kepentingan pesakit dan keluarga mereka,” menurut kenyataan itu.

 

Pihak pengurusan hospital berkata insiden tersebut juga telah selesai dengan bantuan daripada pihak polis.

 

Dalam rakaman yang tular di media sosial hari ini menunjukkan seorang wanita bertengkar dengan beberapa petugas kesihatan yang memakai pakaian peralatan perlindungan diri (PPE).

See also  30 invidividu dan pemilik gelanggang futsalPadah main futsal dikompaun

 

Insiden tersebut dirakam oleh salah seorang petugas kesihatan hospital itu, di mana pada masa sama mereka meminta wanita terbabit beredar.

 

Bagaimanapun wanita terbabit enggan berbuat demikian.

 

“Oleh itu, kakitangan hospital telah bertindak untuk mengambil video dengan tujuan untuk memaklumkan kepada ketua jabatan dan rakan sekerja yang lain bagi mendapatkan bantuan.

 

 

“Kaedah rakaman video dibuat memandangkan pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) telah menyukarkan komunikasi di antara kakitangan wad dengan pihak luar,” menurut kenyataan itu.

See also  Kenapa Garam Himalaya Ada warna Putih dan merah jambu

 

 

https://www.malaysiakini.com/news/561587

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " *Hospital Miri nafi wanita terlepas masuk ke wad Covid-19* " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156149
Users Today : 939
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24544
Users Last 30 days : 79973
Users This Month : 49874
Users This Year : 156148
Total Users : 156149
Views Today : 1707
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37219
Views Last 30 days : 123261
Views This Month : 76538
Views This Year : 238928
Total views : 238929
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares