Khidmat internet TM di negeri utara terjejas akibat kabel putus
Predeep Nambiar -February 4, 2021 12:48 AM
GEORGE TOWN: Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, gangguan perkhidmatan internet berlaku di beberapa negeri di utara Semenanjung akibat tiga kabel utama terputus pada petang Rabu.

Dalam respons terhadap pertanyaan FMT, TM berkata, kabel terputus itu berpunca daripada dua kerja penggalian oleh syarikat utiliti dan satu lagi akibat vandalisme.
Katanya, pasukan teknikal sudah berada di lokasi kejadian dan sedang berusaha membaiki kerosakan kabel itu.
“Oleh sebab kerumitan aktiviti penyambungan semula, kerja baik pulih kabel akan mengambil sedikit masa, sebelum semua perkhidmatan yang terjejas dapat dipulihkan.”
Bagaimanapun, ia tidak memaklumkan bila perkhidmatan itu dijangka dapat dipulihkan.
FMT difahamkan oleh pasukan teknikal di lokasi kejadian yang kerosakan kabel itu berlaku antara Pantai Remis dan Sitiawan di Perak, serta satu lagi di Tanjung Malim dan Tanah.
Kejadian itu dijangka menjejaskan kualiti perkhidmatan di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " kabel internet TM putus، Zon utara terjejas " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.